Monday, 29 June 2015

Cabut gigi atas akan menyebabkan rabun?
Pencabutan gigi atas tak kira gigi hadapan atau belakang tidak akan menyebabkan rabun.. Kita boleh melihat apabila cahaya yang masuk ke dalam mata terus fokus pada lapisan retina. Kita menjadi rabun kerana cahaya itu masuk dan fokus di hadapan atau belakang lapisan retina. Kebanyakkan rabun adalah bersifat keturunan. Cabut gigi atas memang tidak akan menyebabkan rabun, jika ianya terjadi, ia hanyalah kebetulan sahaja.

Saturday, 27 June 2015

Apa Itu Penyakit Gusi?
-Penyakit gusi (periodontitis) ialah jangkitan yang melibatkan gusi dan struktur penyokong gigi. Ia merupakan salah satu penyebab terbesar kehilangan gigi dalam kalangan orang dewasa. Kuman dalam mulut merupakan punca utama penyakit ini.
Perokok akan menghadapi lebih masalah berbanding dengan orang yang tidak merokok:-
~Karang gigi, iaitu proses pengerasan selaput yang melekat pada permukaan gigi dan hanya boleh dibersihkan dengan rawatan profesional.
~Poket yang dalam di antara gigi dan gusi.
~Kehilangan tulang dan tisu penyokong gigi.
~Penurunan (penyusutan) gusi akan mendedahkan akar gigi. Ia menyebabkan gigi rasa ngilu (sensitive) kepada panas / sejuk dan kejadian karies di permukaan akar gigi.
~Tindak balas rawatan yang kurang berkesan dan keberhasilan rawatan gusi tidak dapat dijangkakan.



Thursday, 25 June 2015

Bulan depan nak raya tp senyuman x lengkap lagi. senyumlah bersama kami di mydental care sg besi .
pm/call 0390544034


Tuesday, 23 June 2015

LEPUH DAN ULSER...

~Lepuh dan ulser mulut merupakan dua aduan utama yang sering berlaku di dalam mulut. Ia menyebabkan rasa tidak selesa, sakit serta kesukaran untuk makan, minum dan bercakap. Lepuh dan ulser mulut bukanlah suatu penyakit, tetapi ia merupakan petanda klinikal untuk sesuatu penyakit yang sedia ada.




Monday, 22 June 2015

[Lidah Pendek]
Lidah pendek merupakan keadaan pergerakan lidah terbatas kerana dasar lidah (lingual frenulum) melekat hingga ke bahagian hujung lidah. Ini menyebabkan lidah tidak dapat bergerak bebas atau berfungsi secara normal. lidah juga penting untuk mengunyah, menelan dan merasa makanan serta membersihkan bibir (mulut) daripada sisa makanan.Karies gigi dan keradangan gusi (gingivitis) boleh berlaku kerana sisa makanan tidak dapat dibersihkan dengan baik oleh lidah dan air liur. Antara kesan lidah pendek:-
-Perkembangan Pertuturan.
-Masalah Pergigian.
-Kebersihan Mulut.
-Pemakanan dan Penghadaman.


Saturday, 20 June 2015

CARA MENGGUNAKAN FLOS:
1. Llilitkan flos kepada kedua-dua jari tengah tangan anda dan tinggalkan dalam jarak 1 inci, di antara kedua jari. Regangkan flos.
2.Masukkan flos di celah gigi dan gerakkan ke atas dan ke bawah beberapa kali kemudian disekeliling permukaan gigi di aras garisan gusi.
3.Jangan lupa membersih di permukaan belakang bagi gigi yang paling belakang.
4.Perlahan-lahan buka lilitan di jari untuk mendapatkan bahagian flos yang bersih semasa aktiviti membersih gigi dijalankan.


Friday, 19 June 2015

ULCER MULUT:
@Ulser mulut ialah luka yang merosakkan keseluruhan permukaan selaput di dalam mulut.
SEBAB-SEBAB ULCER:
1.Trauma
2.Kecederaan (sebagai contoh daripada tergigit mulut dengan tidak sengaja
3.Gigi/tampalan yang tajam.
4. gigi palsu dan pendakap gigi yang tidak sempurna)



Thursday, 18 June 2015

HAKISAN GIGI:
Hakisan gigi adalah kehilangan lapisan enamel dan dentin yang disebabkan oleh kehadiran asid dan tidak melibatkan bakteria.
CIRI-CIRI HAKISAN GIGI:
1.Gigi menjadi kekuningan.
2.Gigi bersinar dan licin.
3.Kehilangan ciri-ciri permukaan enamel di kalangan kanak-kanak.
4.Gigi menjadi pendek.
5.Tampalan lebih menonjol daripada permukaan gigi sekelilingnya.
6.Permukaan kunyah gigi cekung (lekuk) dan licin.
7.Gigi sensitif (ngilu).

          

Wednesday, 17 June 2015

Veneer gigi.. Veneer adalah laminasi tipis atau materi kerang gigi berwarna. Biasa pada permukaan depan gigi untuk memperbaiki tampilan kecantikan gigi. Berguna untuk menutupi perubahan warna, retak dan untuk mengubah bentuk atau ukuran gigi.
Berminat boleh pm@hubungi 0390544034

                                             

Tuesday, 16 June 2015

Tip-tip penggunaan ubat kumur.
@Ubat kumur hanya digunakan jika perlu, atas arahan doktor gigi. Pemberusan gigi yang efektif adalah memadai bagi kebanyakan orang, untuk mencapai kebersihan mulut yang sempurna.
@Penting mengetahui terdapat berbilang ubat kumur di pasaran dengan kesan yang berbeza bergantung pada kandungan bahan aktif, dan tujuan ia digunakan.
@Pilihlah ubat kumur tanpa alkohol. Alkohol boleh memberi kesan tidak baik kepada tisu mulut.
@Sesetengah ubat kumur mengandungi lebih 10 peratus kandungan alkoholnya dikhuatiri boleh mencetus pengambilan alkohol pada mereka yang cuba hendak berhenti dari tabiat mengambil alkohol.

Monday, 15 June 2015

Batalkah puasa jika pesakit menjalani rawatan gigi:
-cucian scaling gigi
-Menampal gigi
-Rawatan kanal akar
-mencabut gigi
****Melakukan rawatan di atas pada siang hari dalam bulan ramadhan hukumnya MAKRUH....tetapi boleh MEMBATALKAN PUASA sekiranya TERTELAN DARAH dan BAHAN RAWATAN BERSAMA AIR LIUR****

Saturday, 13 June 2015

Bagaimana Berhenti Merokok Boleh Meningkatkan Kesihatan Pergigian Anda
~Tabiat merokok atau tidak merokok adalah hak individu. Namun begitu, berhenti merokok boleh meningkatkan kesihatan pergigian anda.
Berhenti merokok boleh meningkatkan kesihatan pergigian anda dengan ketara dengan cara-cara berikut :
~Mengurangkan risiko terhadap penyakit pergigian
~Gusi menjadi yang lebih sihat
~Penambahbaik deria bau dan rasa
~Mencegah mulut berbau untuk meningkatkan keyakinan apabila berinteraksi dengan orang lain
~Menambahbaik peredaran darah ke tisu mulut
~Meningkatkan estetika gigi anda
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sekarang?
Berhenti merokok adalah satu langkah yang benar-benar positif untuk anda. Jika anda boleh bersabar untuk menerima cabaran dan akhirnya berjaya, anda akan mencapai kepuasan dan lebih yakin bahawa anda boleh mengawal kesihatan anda dengan lebih baik dari sudah.

Friday, 12 June 2015

Mengapa kita mengasah gigi
Punca sebenar pengasahan gigi masih tidak diketahui. Pengasahan gigi terbahagi kepada 2 kategori:-
1.Pengasahan gigi primer- aktiviti pengasahan gigi disebabkan oleh keadaan dalam mulut
2.Pengasahan gigi sekunder - Pengasahan gigi yang berkaitan dengan ubat-ubatan, gaya hidup seseorang ataupun masalah pernafasan.
Mengapa Pengasahan Gigi Berbahaya?
Kebiasaannya, pengasahan gigi yang minima dan tidak berterusan tidak mendatangkan kesan mudarat. Tetapi sekiranya, aktiviti pengasahan gigi berpanjangan tanpa sebarang tindakan pencegahan atau rawatan, ini akan menimbulkan komplikasi kesihatan mulut.
TANDA DAN GEJALA :
*sakit rahang atau sakit muka
*sakit kepala dan telinga
*gangguan pada tisu mulut seperti gigi longgar hypersensitiviti kerosak gusi
*bahu yang tegang dan sengal
*bunyi bising semasa tidur sehingga disedari semasa tidur...

Thursday, 11 June 2015

KOMPLIKASI CABUTAN GIGI
Cabutan gigi adalah satu proses pembuangan gigi dari soketnya di tulang rahang .
Setiap Gigi mempunyai potensi komplikasi yang berbeza.
Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada komplikasi cabutan gigi tetapi secara umumnya ramai yang berpendapat komplikasi ini hanya disebabkan oleh keadaan/faktor gigi sahaja.
FAKTOR-FAKTOR:-
*Faktor gigi*
-Gigi yang mempunyai korona yang terpusing, akar yang bengkok, panjang dan runcing akan menyebabkan gigi tersebut sukar dicabut
-Gigi yang mempunyai tampalan yang besar,gigi yang telah dibuat rawatan kanal akar, rapuh dan yang telah pecah teruk juga sukar/susah untuk dicabut.
-Ketebalan dan kekerasan tulang penyokong di sekeliling gigi:Biasanya gigi yang terletak dikawasan tulang yang keras dan tebal sukar untuk dicabut.
KOMPLIKASI YANG MUNGKIN BERLAKU AKIBAT CABUTAN GIGI
-sakit
-pendarahan
-jangkitan kuman
-bengkak
-kebas

Wednesday, 10 June 2015

KECEDERAAN GIGI
Kecederaan pada gigi dan tisu sekelilingnya seringkali berlaku. Di kalangan kanak-kanak sekolah pula,1/4 daripada mereka pernah mengalami kecederaan kepada gigi kekal dan di kalangan orang dewasa,1/4 pernah mengalami kecederaan kepada kegigian kekal.
Punca berlakunya kecederaan pada tisu kegigian:-
..Kanak-kanak baru bermula belajar berjalan, berlari, memanjat, menaiki basikal dan sebagainya akan sering terjatuh dan mencederakan tisu kegigiannya.
..Kecederaan dalam mulut juga boleh berlaku jika kanak-kanak jatuh / ditolak semasa ada objek seperti sudu / pensel dan lain-lain dalam mulut.
Dalam situasi apakah perlu membawa anak berjumpa dengan doktor gigi?
..Jikalau anak anda mengalami tanda-tanda seperti berikut, perlu dibawa ke klinik pergigian.
.. mengalami pendarahan yang tidak berhenti selepas tempat luka tersebut ditekan secara berterusan untuk 10-15 minit
..Giginya sakit, sengal-sengal atau sensitif selepas kejadian
..Giginya patah, longgar, atau tercabut keluar semasa kejadian.

Tuesday, 9 June 2015

Pernah tak terfikir mengapa gigi anda sensitif (ngilu), kelihatan pendek dan tidak menarik?
ia berpunca daripada pelbagai faktor atau keadaan yang mengakibatkan kehilangan lapisan enamel dan dentin gigi.
Masalah-masalah ekoran kejadian kehausan gigi:
..Gigi hipersensitif (terlalu ngilu)
..Tanda dan gejala tisu pulpa (keradangan pulpa)
..Gangguan kunyahan
..Masalah kosmetik (terjejas paras rupa)

Monday, 8 June 2015

[RAHANG TERSEKAT]
Rahang tersekat (lockjaw) atau merujuk kepada keadaan di mana seseorang kurang berupaya membuka mulut. Seseorang yang mengalami rahang tersekat jenis sementara (dalam sesetengah kes, jenis kekal), tidak boleh membuka dan menutup mulut.
Sendi rahang memainkan peranan yang amat penting untuk pergerakan rahang. Sendi rahang adalah tempat lekatan rahang bawah kepada tengkorak, terdapat di kedua-dua belah muka, terletak betul-betul di hadapan telinga.
TANDA DAN GEJALA
.. Kesukaran membuka mulut
..Episod berkala kejadian rahang 'tersekat'
..Bukaan mulut menjadi semakin kecil
..Kesukaran mengunyah dan menelan
..Sakit pada sendi apabila rahang bergerak

Friday, 5 June 2015

Jangkitan bakteria..
-Kerosakan gigi atau karies gigi dan penyakit periodontium (gusi) adalah dua jenis jangkitan bakteria yang merupakan aduan akut atau kronik di mulut.
-Infeksi bakteria boleh menyebabkan pengumpulan nanah pada kawasan yang dijangkiti.
-Jika tidak dirawat, jangkitan dari gigi dan gusi boleh merebak ke tisu lembut dan tulang rahang yang berdekatan. Keadan ini boleh menyebabkan berlakunya pengumpulan nanah (abses) atau keradangan tisu lembut secara keseluruhannya .
-Kebengkakan, sakit , kemerahan pada permukaan kulit dan demam adalah tanda-tanda dan gejala yang biasa dialami.




Apakah yang dimaksudkan dengan rawatan ortodontik?
-Rawatan ortodontik adalah rawatan kepakaran untuk mencegah atau membetulkan susunan gigi yang tidak teratur atau jongang.
kepentingan rawatan ortodontik;-
a)menambah penampilan supaya lebih cantik.
b)mencegah risiko kecederaan atau trauma terutama pada gigi kacip.
c)membetulkan gigitan.
d)membantu mengunyah makanan dengan baik.
e)mengurangkan kejadian penyakit gusi dan kerosakan gigi.




Thursday, 4 June 2015

[KANSER MULUT]
-Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Kanser mulut sering terjadi di :
-Lidah.
-Lantai mulut.
-Lapisan dalam pipi.
-Gusi.
-Lelangit.
-Bibir bawah.
faktor- faktor risiko yang menyebabkan kejadian kanser mulut :
-Merokok.
-Mengunyah tembakau.
-Mengunyah pinang dengan / tanpa tembakau.
-Minum alkohol yang berlebihan.
-Terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan.
‪#‎KESIHATAN‬ MULUT ANDA KEBANGGAAN KAMI.



‪#‎kesihatan‬ mulut anda kebanggaan kami...
Penyusutan gusi atau resesi gingiva.
---Penyusutan gusi atau resesi gingiva boleh memberi kesan ke atas kebanyakan golongan warga tua. Penyusutan gusi adalah satu keadaan di mana pinggir gusi telah menyusut ke bahagian akar gigi menyebabkan terjadinya pendedahan permukaan akar gigi.Gigi menjadi sensitif terhadap makanan atau minuman yang panas, sejuk, manis, masam, atau pedas. Gigi juga akan kelihatan lebih panjang dan ruang di antara gigi menjadi besar disebabkan ruang tersebut tidak lagi diisi oleh gusi.Penyusutan gusi biasanya berlaku disebabkan oleh penyakit gusi atau periodontitis (proses keradangan gusi akibat jangkitan bakteria menyebabkan kehilangan lekatan tisu gusi dan tulang alveolar pada gigi).Disebabkan kesan/trauma dari gerakan memberus gigi secara mendatar / melintang yang mengakibatkan kehausan struktur enamel pada pinggir gusi.



Wednesday, 3 June 2015

INFO;Mengapa perlu memberus gigi ???
*Amalan memberus gigi secara teratur dan berkesan adalah langkah pertama untuk mengekalkan gigi dan gusi yang sihat. Kesihatan mulut yang baik menyumbang kepada penambahbaikan kesihatan dan peningkatan kualiti hidup.
Bagaimana memberus gigi dapat membantu???
-Membersihkan sisa makanan dan plak gigi.
-Mencegah kerosakan gigi (karies gigi), penyakit gusi (penyakit periodontal) dan nafas berbau (halitosis).

Flos Pergigian?
-->Flos Pergigian adalah sejenis benang yang sangat unik. Walaupun flos berbentuk seperti benang tetapi ia adalah sangat tahan dan tidak mudah terputus. Flos digunakan untuk membersih kawasan di celah-celah gigi.
Mengapa menggunakan flos penting???
-Kedudukan gigi kita biasanya adalah sangat rapat. Oleh itu, berus gigi biasanya tidak dapat membersihkan kawasan yang di celah-celah gigi yang sempit tersebut. Penggunaan flos adalah sangat berkesan untuk mengeluarkan sisa makanan dan plak gigi yang melekat di antara celah gigi yang tidak dapat dibersihkan ketika memberus gigi.Amalan menggunakan flos dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari terutama sebelum tidur.



Tuesday, 2 June 2015

PUNCA GIGI BERUBAH WARNA ;-
-Kerosakan gigi (karies).
-Ubat-ubatan seperti pengambilan tetrasiklina (tetracycline) semasa dalam kandungan atau kanak-kanak(di bawah 12 tahun).
-Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa tempoh pembentukan gigi.
-Kecederaan gigi yang menyebabkan pendarahan pulpa.
-Gigi yang telah mati disebabkan trauma atau rosak.
-Masalah kesihatan dan gangguan semasa tempoh pembentukan dan proses pertumbuhan gigi.
-Masalah kongenital saluran hempedu.
-Jangkitan semasa proses pertumbuhan gigi.
-Pertambahan usia.
-Faktor keturunan.
ANTARA CONTOH GIGI YANG BERUBAH WARNA:-






Monday, 1 June 2015

[ INFO: SCALING ]
Rawatan scaling paling bagus dilakukan adalah minimum 2 kali setahun ataupun 6 bulan sekali. Harus diingatkan bahawa terlalu kerap melakukan scaling juga tidak baik kerana dapat menyebabkan lapisan gigi menjadi nipis. Kalau ini berlaku, masalah gigi sensitif akan timbul.
Biasanya seseorang akan berasa takut untuk melakukan scalling buat kali pertama, namun kalau sudah biasa, tidak ada apa pun yang perlu ditakutkan sebenarnya. Bagi mereka yang pertama kali mahu melakukan scalling, tetapi masih ragu-ragu, dapatkanlah maklumat daripada dentist ataupun mereka yang sering scaling supaya dapat membina keyakinan diri untuk melakukan rawatan ini.
pm/hubungi kami 0390544034 utk rawatan ...
...kesihatan mulut anda kebanggaan kami...
Bridge
Ada org kata tanam gigi. Bridge ( atau jambatan) ini bertujuan menggantikan gigi yang telah tiada tetapi masih lagi mempunyai gigi yang bersebelahan. Seperti jambatan yang mempunyai 2 tiang, bridge memerlukan 2 gigi yang sihat dan tidak bergoyang di antara ruang yang tiada gigi itu