Friday, 5 December 2014

Kenapa gigi perlu diberus?
-Memberus gigi boleh membersihkan sisa makanan dan plak dari permukaan gigi. Ia juga merupakan salah satu cara untuk menyapu fluorida yang kepada bahagian gigi. Permulaan awal memastikan anda mempunyai kesihatan mulut yang baik sepanjang hayat.


Thursday, 4 December 2014

TAHUKAH ANDA APA ITU ORTODONTIK???
-Ortodontik merupakan rawatan untuk membetulkan sususan gigi dan memperbaiki rahang yang tidak teratur.

Keadaan yang memerlukan rawatan ortodontik?
a) Rupa bentuk gigi:
i)Gigi terlalu jongang (rahang atas ke hadapan).
ii)Gigi taring terkeluar dari susunannya.
iii)Gigi depan berlapis, tidak rata.
iv)Celahan gigi yang besar.


b) Fungsi gigitan terganggu:
i)Gigitan terbuka(tidak rapat).
ii)Gigi berlapis (menyebabkan makanan tersumbat dan sukar dibersihkan).
iii)Sukar menggigit kerana rasa sakit pada sendi di hadapan telinga.
iv)Sukar untuk merapatkan bibir (bernafas melalui mulut).


JOM KONGSIKAN.

KARIES gigi lebih dikenali sebagai 'gigi berlubang'. Masalah ini boleh dialami oleh semua golongan sama ada kanak-kanak atau dewasa.Ianya boleh berlaku pada gigi kekal dan gigi susu.

TANDA-TANDA KARIES GIGI PADA MULUT ANDA:-
-Perubahan warna gigi (bintik putih atau bintik hitam).
-Liang-liang kecil pada permukaan gigi.
-Lubang yang ketara.
-Makanan mudah melekat pada permukaan gigi.
-Rasa sakit dan sengal bila minum air panas dan sejuk


Wednesday, 3 December 2014

aduhhhhhh , gigi sakitttt !!!!
{Sakit Gigi}
-Sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami di sekitar gigi atau rahang. Sakit gigi lazimnya terjadi di kalangan mereka yang mengabaikan kesihatan mulut. Penyebab utama sakit gigi adalah kerosakan (karies) gigi.Selain dari kerosakan gigi, sakit gigi juga boleh disebabkan oleh Penyakit gusi (penyakit periodontium),
Gigi sensitif,Gigi retak,Sakit sendi rahang.



Tuesday, 2 December 2014

Gigi yang sakit disebabkan lubang pada gigi tidak semestinya dicabut.
Jika lubang pada gigi itu sangat dalam sehingga hampir dengan saraf, maka gigi itu boleh lagi diselamatkan

Ramai orang yang tidak sayang pada gigi mereka. Mereka lebih rela mencabut gigi dan memakai gigi palsu..
Ada orang yang mahu semua giginya dicabut dan mahukan gigi palsu penuh sebagai ganti.

pm kami untuk maklumat lanjut.
‪#‎kesihatan‬ mulut anda kebanggaan kami#


Monday, 1 December 2014

PUNCA GIGI KUNING.
1.Genetik & Usia
warna gigi dipengaruhi oleh pembentukan tulang. Ini adalah kerana pembentukan tulang tersebut memiliki unsur genetik serta usia. Jadi, warna gigi pun turut dipengaruhi oleh dua faktor tersebut.
2. Makanan & Minuman
Pengambilan buah-buahan memang baik buat tubuh serta menyihatkan, tetapi anda perlu tahu ada beberapa jenis buah-buahan yang boleh menjadi punca gigi kuning. Contonya, jeruk-jeruk serta minuman seperti teh dan kopi.
4. Rokok
Selain merosakkan kesihatan, rokok juga menjadi punca gigi kuning. Kandungan nikotin dalam rokok menyebabkan ruang mulut menjadi asid.


RAWATAN VENEER dapat mengembalikan senyuman anda dan tampil lebih berkeyakinan.
pm/call kami untuk keterangan lanjut 03-90544034