Thursday, 31 March 2016

Mulut Kering
......................
Sebab utama bagi kebanyakan kes mulut kering adalah pengambilan air yang tidak mencukupi yang menyebabkan dehidrasi. Dehidrasi juga boleh disebabkan oleh pengambilan bahan-bahan diuretik, aktiviti fizikal yang berlebihan dan pendedahan kepada haba. Diuretik adalah bahan yang menyebabkan peningkatan pengeluaran air kencing. Agen diuretik yang biasa diminum adalah kafein. Kesan dehidrasi terhadap kelenjar air liur yang lebih berpanjangan dilihat di golongan yang lebih tua berbanding dengan individu yang lebih muda.
Satu sebab yang penting untuk mulut yang kering adalah pengunaan ubat. Lebih daripada 100 jenis ubat-ubatan yang digunakan secara berleluasa boleh menyebabkan mulut kering. Berikut adalah kumpulan ubat yang biasanya menyebabkan mulut kering:
ubat antihistamin
ubat anti-kemurungan
ubat anticholinergics
ubat tekanan darah tinggi
ubat antipsikotik
ubat anti-Parkinson
ubat diuretik dan
ubat sedatif

Friday, 18 March 2016

SALAM CERIA DAN SALAM JUMAAT....
Penjagaan Kesihatan Mulut : Berus Gigi
.................................................................
Berus gigi merupakan alat yang penting dalam penjagaan kesihatan mulut. Pemilihan berus gigi yang betul dan sesuai untuk anda amatlah penting bagi memastikan ia selesa digunakan, membersihkan plak gigi atau sisa makanan dengan berkesan pada semua permukaan gigi semasa pemberusan dilakukan dan mencegah masalah kesihatan mulut.
Kaedah membersih dan menyimpan berus gigi
............................................................................
Bersihkan kotoran pada berus gigi dengan air paip selepas memberus gigi.
Simpan berus gigi secara menegak dan biarkan berus gigi tersebut kering.
Jika beberapa berus gigi disimpan bersama, pastikan ia diletakkan tanpa bersentuhan antara satu sama lain.
Elakkan menyimpan berus gigi di dalam bekas yang tertutup.

Wednesday, 16 March 2016

With a little touch brought a big difference to your smile

Tuesday, 15 March 2016

Gigi retak disebabkan oleh pelbagai faktor:-
1.Mengunyah makanan yang keras seperti ais, kekacang dan gula-gula yang agak keras.
2.Kemalangan yang melibatkan bahagian mulut.
3.Mengisar dan mengetap gigi.
4.Tekanan pengunyahan yang tidak sekata.
5.Tekanan pada sesuatu gigi.
6.Kehilangan sebahagian struktur gigi disebabkan kehausan pada gigi, tampalan yang besar atau lain-lain tampalan.
7.Permukaan / enamel gigi terdedah kepada suhu yang melampau,
8.Gigi yang rapuh atau lemah disebabkan gigi tersebut telah melalui rawatan kanal akar.


Monday, 14 March 2016