Saturday, 27 September 2014

APA ITU ORTHODONTIK????
Ortodontik merupakan rawatan untuk membetulkan sususan gigi dan memperbaiki rahang yang tidak teratur.Keadaan yang memerlukan rawatan ortodontik?
a) Rupa bentuk gigi:
i-Gigi terlalu jongang (rahang atas ke hadapan).
ii-Gigi taring terkeluar dari susunannya.
iii-Gigi depan berlapis, tidak rata.
iv-Celahan gigi yang besar.
b) Fungsi gigitan terganggu:
i-Gigitan terbuka(tidak rapat).
ii-Gigi berlapis (menyebabkan makanan tersumbat dan sukar dibersihkan).
iii-Sukar menggigit kerana rasa sakit pada sendi di hadapan telinga.
iv-Sukar untuk merapatkan bibir (bernafas melalui mulut).

No comments:

Post a Comment