TABIAT YANG MEROSAKKAN GIGI..
a)Memberus dengan kuat.
Menggunakan berus gigi yang keras dan ditambah tekanan yang diberi
semasa memberus boleh menjejaskan pelindung enamel.Gunakan berus yang
lembut untuk menggosok dan lakukan gerakan secara membulat selama dua minit.
b)Jadikan gigi sebagai alat.
Ramai yang gemar mengoyak bungkusan makanan ringan atau melonggarkan
ikatan dengan menggunakan gigi. Tabiat itu sebenarnya boleh menyebabkan
gigi retak dan pecah serta merosakkan tampalan sedia ada.
c)Abaikan masalah.
Gusi berdarah dan nafas berbau yang kronik adalah petanda penyakit
gusi. Untuk melawan nafas berbau, banyakkan minum air kosong bagi
mengekalkan kelembapan dalam mulut dan hapuskan bakteria berlebihan.
Bagi mengelakkan pendarahan pada gusi, gosok dan flos gigi setiap hari.
No comments:
Post a Comment