Friday, 31 October 2014

Jika anda tidak memberus gigi selepas makan atau minum, plak akan terbina dan menghakis gigi anda
Bila perlu berjumpa doktor
Sakit gigi/gigi sensitif terhadap makanan atau manis, panas atau sejuk ? anda mengelak daripada membersihkan bahagian gigi tertentu kerana sakit ? gigi berlubang ?gusi merah dan bengkak ? gusi berdarah semasa memberus gigi ? gusi menyusut/terdedah di sepanjang garis gusi/pangkal gigi-gusi, menjadikan gigi kelihatan lebih panjang ? gigi menjadi jarang, longgar ?rasa tidak sedap di dalam mulut - nafas berbau ? perubahan pada cara gigi atas dan bawah bersentuh ?nanah sekitar gusi dan gigi.
*JANGAN AMBIL RINGAN TENTANG KESIHATAN MULUT DAN GIGI
datang dan kunjungi kami untuk rawatan pergigian anda. !!
PM kami untuk temujanji @ hubungi 0390544034
‪#‎kesihatan‬ mulut anda kebanggaan kami





Thursday, 30 October 2014

gigi tak ada ? nak pakai gigi palsu nanti tak selesa.takut bila bercakap nanti terkeluar pulak gigi tu..
rawatan BRIDGE dapat selesaikan masalah anda. tak payah takut gigi tu akan keluar lagi.
berminat?? PM @ hubungi 0390544034





Wednesday, 29 October 2014

Sakit itu hanya AUTA ]
Gigi yang rosak masih boleh dirawat!!
Sayangi gigi anda!
Cabutan gigi mengugat penampilan dan menyebabkan susah untuk mengunyah makanan.
Gigi yang mempunyai kaviti yang besar dan dalam boleh dirawat dengan Rawatan Kanal Akar.
TUNGGUUUU!!!! jangan CABUT gigi tu!
Gigi yang berlubang besar dan sakit TIDAK semestinya dicabut.
Dapatkan RAWATAN KANAL AKAR (root canal treatment) untuk mengatasi masalah tersebut
MITOS tentang rawatan kanal akar ;
* Rawatan kanal akar menyakitkan - AUTA
*Rawatan kanal akar boleh menyebabkan kanser - AUTA
* Gigi yang masih sakit selepas rawatan kanal akar perlu dicabut - AUTA
* Gigi yang menjalani rawatan kanal akar tidak akan kekal lama - AUTA




Tuesday, 28 October 2014

[SAKIT GIGI]
Sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami di sekitar gigi atau rahang. Sakit gigi lazimnya terjadi di kalangan mereka yang mengabaikan kesihatan mulut.
Apakah yang menyebabkan sakit gigi?
Sebab utama sakit gigi adalah kerosakan (karies) gigi
Selain dari kerosakan gigi, sakit gigi juga boleh disebabkan oleh :
Penyakit gusi (penyakit periodontium)
Gigi sensitif
Gigi retak
Sakit sendi rahang
mulakan langkah anda untuk berjumpa DOKTOR gigi hari ini ....
sangat penting tau penjagaan mulut ni .!!!
PM kami @ hubungi 0390544034 untuk temujanji.
‪#‎KESIHATAN‬ MULUT ANDA KEBANGGAAN KAMI

Monday, 27 October 2014

[takut]

Takut dengan rawatan pergigian bermaksud takut dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan rawatan pergigian termasuk menerima rawatan pergigian.

Apa yang menyebabkan perasaan takut ini?

Pengalaman buruk
Pernah didera
Doktor gigi yang tidak prihatin
Memalukan
Belajar dari memerhati
Stres selepas pengalaman yang traumatik
KENAPA GIGI PERLU DIBERUS
Memberus gigi boleh membersihkan sisa makanan dan plak dari permukaan gigi.Ia merupakan salah satu cara untuk gigi mendapat fluorida yang membantu untuk menguatkan gigi.
penting berus gigi!!!
-untuk mencegah penyakit gusi
-membantu mencegahkan dan menguatkan kerosakan gigi
Crown (Mahkota tiruan)
Crown merupakan mahkota palsu yang dipasang untuk menggantikan struktur mahkota gigi yg rosak akibat lubang atau patah. Crown hanya menggantikan mahkota yg rosak dan tidak menggantikan akar gigi. jadi gigi tidak perlu dicabut dan akar gigi harus cukup kuat.
pm kami untuk keterangan lanjut... @ hubungi 0390544034


Friday, 24 October 2014

[RAWATAN PENYAKIT GUSI]
Penyakit gusi adalah jangkitan gusi yang berterusan di dalam gusi dan tulang yang mengelilingi gigi. Bakteria penyebab membiak di dalam “poket” yang mengelilingi gigi, dan sekiranya dibiarkan tanpa rawatan boleh menyebabkan kehilangan gigi pada akhirnya. Rawatan merangkumi pencucian dalam, penyingkiran poket gusi dan/atau pertumbuhan semula tulang sekeliling yang rosak.







Thursday, 23 October 2014

[CROWN]

Dental Crown adalah topi yang diletakkan di atas gigi, dengan tujuan untuk mengembalikan bentuk dan saiz gigi anda. Dental Crown biasanya digunakan untuk melindungi gigi yang lemah dan memulihkan gigi patah.

*****ingin tahu lebih lanjut ?? pm/cll 03-90544034
 


 INFO: GIGI PALSU
Gigi palsu adalah cara tradisional untuk menggantikan gigi yang hilang. Gigi palsu ialah gantian yang boleh ditanggalkan untuk gigi hilang anda dan tisu di sekitarnya. Gigi palsu dibahagikan kepada dua jenis, iaitu gigi palsu lengkap dan gigi palsu separa.




Wednesday, 22 October 2014

Apa itu Rawatan Salur Akar?

Rawatan kanal akar (rawatan endodontik) merupakan rawatan alternatif bagi gigi yang telah rosak teruk di mana tisu pulpa telah dijangkiti atau telah mati, agar gigi tersebut tidak dicabut dan boleh terus kekal berfungsi di dalam mulut.
untuk keterangan pm/call kami 03-90544034.


Tuesday, 21 October 2014

MyDental Care Sg Besi beroperasi seperti biasa pada RABU (22/10/2014)
untuk pertanyaan dan temujanji rawatan boleh PM @ hubungi 0390544034.
mydental care sg besi mengucapkan HAPPY DEEPAVALI...

ANDA MENGALAMI MASALAH BERKAITAN GIGI DAN GUSI??
MyDental Care Sg Besi SEDIA MEMBANTU MASALAH ANDA.
***PM@ HUBUNGI KAMI DITALIAN 03-90544034.



MASALAH GUSI.
penyakit gusi AKAN menyebabkan:
-gusi berdarah dan bengkak.
-gusi menjadi longgar.
-gusi mula condong.


Monday, 20 October 2014

[PLAK DAN KALKULUS]

Plak merupakan lapisan nipis dan melekit mengandungi bakteria yang sentiasa terbentuk di dalam mulut. Ia lembut dan mudah dihilangkan dengan memberus gigi atau flos. Selepas makan, sisa makanan akan ditukarkan menjadi plak melalui tindakan penguraian bakteria. Jika dibiarkan, plak ini akan menebal dan bakteria akan membiak. Jika ia tidak dibersihkan dalam masa 24 jam, plak ini akan mula mengeras disebabkan enapan garam kalsium dari air liur dan membentuk kalkulus, ataupun tartar.


Saturday, 18 October 2014

MENGAPA GIGI JADI TIDAK TERATUR??
masalah ini mungkin disebabkan oleh:
a)Keturunan
b)Saiz tulang rahang dan gigi yang tidak seimbang.
c)Bentuk gigi yang tidak normal.
d)Kehilangan awal gigi susu atau gigi kekal.
e)Tabiat(menghisap puting/jari)

JOM PM KAMI UNTUK DAPATKAN RAWATAN DI MyDental Care Sg Besi
‪#‎kesihatan‬ mulut anda kebanggaan kami
KENAPA JARANG DATANG KLINIK GIGI???
Antara alasan pesakit jarang datang klinik gigi…
1) Tiada masalah , Tak sakit… takde bengkak.. jadi napa nak datang..
2) Ehm, tak sempat datang check up.. Bz !
3) Malas, nak kena tunggu lama.. Ramai sangat orang..
4) Isk, fobia & takut jumpa doktor gigi.. nanti tak pasal-pasal kena cabut gigi lak
5) Tak Kisah Sangat … Takpe, nanti jelah datang check, bukannya penting sangat. Boleh guna lagi gigi nie
6) Malu?? Tak macho la datang klinik gigi, nanti nampak sangat macam tak pandai jaga gigi..
7) ……….dll…….

* Pendek kata, ada 1001 alasan
HENTIKAN memberi alasan…
Mencegah lebih baik daripada Merawat!
Datang Sebelum Terlewat…

Friday, 17 October 2014

ROOT CANAL TREATMENT...

Biasanya gigi akan diberi suntikan agar tidak sakit semasa rawatan dijalankan. Doktor gigi akan menggunakan alatan khas untuk mendapatkan akses ke dalam kebuk dan kanal akar. Setelah akses diperolehi, kebuk dan kanal akar akan dicuci ( Cleaning and irrigation) serta dibentuk ( shaping) . Rawatan ini biasanya memerlukan lawatan ulangan bergantung kepada jenis gigi dan masalah yang dihadapi.

untuk temujanji pm/call 0390544034

‪#‎kesihatan‬ mulut anda kebanggaan kami....



Thursday, 16 October 2014

[PLAK]

Plak adalah bakteria yang melekit dan tidak
berwarna yang sering terbentuk pada permukaan
gigi. Air liur, makanan, dan cecair bergabung untuk
menghasilkan deposit ini yang terkumpul pada gigi
dan kawasan di mana gigi dan gusi bertemu.

Pembentukan plak boleh memerangkap kotoran
pada gigi, dan juga merupakan faktor utama dalam
penyakit gusi. 

Plak mula terbentuk pada gigi 4 hingga 12 jam selepas
memberus gigi, sebab itulah sangat penting untuk
memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari
dan menggunakan flos setiap hari

[KARANG GIGI]

Karang gigi, turut dipanggil kalkulus, merupakan
deposit berlapisan yang keras yang boleh
memerangkap kotoran pada gigi dan menyebabkan
penyahwarnaan. Ia mewujudkan ikatan kuat yang
hanya boleh ditanggalkan
oleh doktor pergigian.

Pembentukan karang juga
menyukarkan kerja-kerja
pembuangan plak baru
dan bakteria




Wednesday, 15 October 2014

[gigi bongsu]
Gigi bongsu adalah gigi geraham besar kekal ketiga (terakhir) yang akan tumbuh di bahagian kiri dan kanan rahang paling belakang sekali. Biasanya, setiap orang ada 4 gigi bongsu; dua di atas dan dua di bawah. Secara umumnya, gigi kekal akan mula tumbuh seawal umur 6 tahun manakala gigi bongsu pula selalunya mula tumbuh pada usia 18 tahun atau lebih.
Kenapa sakit apabila gigi bongsu tumbuh??
* Tidak cukup ruang untuk tumbuh. Biasanya terjadi jika mempunyai rahang yang kecil.
*Dihalang gigi lain, selalunya gigi geraham besar kedua yang tumbuh di depan gigi bongsu.
[Cara menjaga gigi bila pakai braces]
Berus gigi
- Teramat-amatlah penting terutama selepas makan.
2) Makanan dan minuman
- Jauhi minuman bergas or bikarbonat!! Sangat2 bahaya!!
-Jauhi kerepek, kacang, makanan ringan
- jauhi minuman manis jugak sebab manis2 ni senang dapat karies gigi

Tuesday, 14 October 2014

[Tampalan Sewarna Gigi]
- mengembalikan warna asal gigi yang sebelum ini telah rosak atau mempunyai tampalan.
-membaiki gigi yang rosak teruk, gigi yang haus dan menjadikan tampalan gigi belakang kelihatan lebih menarik.
gigi kelihatan asli apabila mereka ketawa, bercakap atau tersenyum adalah tinggi.




Monday, 13 October 2014

[CLEARPATH BRACES]
-Rawatan clearpath adalah revolusi baru dalam kaedah rawatan ortodontik
-menggunakan sarung pendakap yang jernih dan direka mengikut keperluan gigi pesakit
-Clearpath menawarkan pilihan baik kepada pesakit yang berkeinginan memiliki gigi lurus
KELEBIHAN CLEARPATH
pesakit mendapat kebebasan..
*makan
*menggosok gigi
*menggunakan flos tanpa sekatan
PM kami untuk maklumat lanjut
@ hubungi 0390544034
‪#‎kesihatan‬ mulut anda kebanggaan kami


Saturday, 11 October 2014

BERITA BAIK UNTUK ANDA!! KLINIK KAMI JUGA MENAWARKAN PROMOSI BRACES. BERMINAT PM/CALL 0390554034.
#Penjimatan 15% termasuk cabutan.
#20% untuk retainer.



MASALAH GIGI KUNING?? MALU UNTUK SENYUM ? KURANG KEYAKINAN ?? WHITENING MAMPU MENGUBAHNYA.
DAPATKAN PROMOSI WHITENING (PEMUTIHAN GIGI) UNTUK PASANGAN DI KLINIK KAMI.
*untuk maklumat lanjut pm/call di talian 0390554034.



Friday, 10 October 2014

Info: Punca Gigi Kuning.
-Amalan pemakanan.
-Plak.
-Pengambilan ubat-ubatan.
-Cecair pencuci mulut.
-Trauma.
-Florida.
-Penuaan.
-Rawatan akar.
-Merokok.

BERITA BAIK!! SEKARANG KAMI MENGADAKAN PROMOSI WHITENING (PEMUTIHAN GIGI) UNTUK PASANGAN.
untuk info lanjut pm/call kami di talian 0390544034.

Thursday, 9 October 2014

KESAN AKIBAT MENGAMBIL RINGAN KESIHATAN GIGI SUSU:-
a) Karies gigi.
b)Gusi bengkak.
c)Menjejaskan pemakanan dan penghadaman makanan.
d)Sakit gigi (apabila melibatkan jangkitan bakteria ke lapisan pulp) dan menjejaskan aktiviti harian.
e)Menjejaskan percakapan.
f)Gigi berlapis.


 

Wednesday, 8 October 2014

[RAWATAN GIGI]
Rawatan awal dapat mencegah kerosakan gigi yang serius.Jika gigi anda berlubang,ia boleh merebak kelapisan dentina yang menyebabkan gigi terasa sakit. Gusi akan bengkak. Pada tahap yang lebih serius gigi anda terpaksa dicabut. Karies gigi atau gigi berlubang boleh dirawat dengan kaedah tampalan. Sebelum rawatan dilakukan segala kotoran dari lubang gigi akan dikeluarkan dengan menggunakan alat khas dan ditampal menggunakan sejenis logam.

[DAMON BRACES]
Damon braces ni adalah satu jenis braces generasi baru.
kelebihan damon braces...
*gigi TAK PERLU dicabut
*TAK SAKIT
*hasil yang CEPAT
*KURANG ulser
*saiz braket LEBIH kecil
*mudah untuk MENGGOSOK GIGI
PM kami untuk keterangan lanjut....
hubungi 0390544034
‪#‎kesihatan‬ mulut anda kebanggaan kami


Friday, 3 October 2014

DR.. kalau gigi macam ni perlu pakai braces x ?
YA..perlu dirawat dengan braces. Ini kerana faktor crowding(gigi berlapis) yang telah terjadi pada gigi hadapan.
GIGI berlapis terjadi kerana faktor:-
*ratio saiz gigi lebih besar dari saiz rahang.
*gigi susu lambat tertanggal menyebabkan gigi kekal lambat tumbuh.
*keturunan

Namun begitu, tidak semua kes crowding perlu dirawat sekiranya pesakit menerima konsidi beliau dan kondisi ini tidak memberi kesan negatif terhadap kehidupan seharian mereka.
Kepentingan kebersihan mulut perlu ditekankan kerana sekiranya memakai braces tetapi kebersihan mulut tidak dijaga, ia (braces) boleh menjadi punca makanan mudah tersekat dicelah2 bracket dan memyebabkan pengumpulan plaque gigi seterusnya akan merosakkan gigi.

Thursday, 2 October 2014

Tanda dan Gejala Penyakit Gusi
Penyakit Gusi bermula dengan sedikit keradangan pada gusi dan melarat hingga merosakkan tisu lembut dan tulang yang menyokong gigi. Keadaan ini jika dibiarkan boleh menyebabkan kehilangan gigi.
Gingivitis (Radang Gusi)
Penimbunan plak dan kalkulus membahayakan. Bakteria menyebabkan keradangan gusi yang dinamakan gingivitis di mana gusi menjadi merah, bengkak dan mudah berdarah.
Periodontitis
Jika gingivitis tidak dirawat, periodontitis akan terjadi. Periodontitis menyebabkan gusi tertarik menjauhi leher gigi dan membentuk poket yang terinfeksi. Toksin yang dihasilkan oleh bakteria boleh memusnahkan tulang dan tisu penghubung yang berfungsi sebagai tapak pemegang gigi.







Wednesday, 1 October 2014

Bagaimana membersihkan gigi anda dengan betul..
Pemilihan berus gigi
Pemilihan ubat gigi
Cara memberus gigi dengan betul
PERLU DI INGATKAN !! : Jangan sesekali memberus gigi anda dengan kuat dan juga memberus permukaan gigi dengan menggerakkan berus kehadapan dan belakang. Ia boleh membawa kemudaratan kepada gigi dan gusi anda kerana ia boleh menyebabkan gusi anda tercedera dan menurun (recession) hingga mendedahkan akar gigi anda dan juga menyebabkn leher gigi anda terhakis (abrasion)
‪#‎kesihatan‬ mulut anda kebanggan kami....
pm/hubungi kami 0390544034 untuk pemeriksaan gigi & temujanji
Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh apabila umur kanak-kanak berusia sekitar 6 bulan dan biasanya apabila kanak-kanak berusia 2 1/2 hingga 3 tahun, semua gigi susunya telah tumbuh. Ada kanak-kanak yang giginya lambat tumbuh dan ada pula yang cepat tumbuh.
Bilakah gigi susu perlu dicabut oleh doktor gigi?
1. Bila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu ( gigi bawah) atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu ( gigi atas) dan gigi susu belum tanggal lagi.
2. Bila gigi susu telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah di rawat beberapa kali oleh doktor gigi.
3. Bila gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya
4. Bila dah tiba masanya utk gigi itu tanggal tetapi tak tanggal-tanggal.Kerana biasanya bila gigi tu dah goyang sangat tetapi gigi kekal tak kelihatan bermakna gigi kekal ada di bawah gigi susu.
5. Jika takut utk cabut sendiri
















ASSALAMMUALAIKUM... SELAMAT PAGI
jadikan hari ini lebih baik dari semalam....
SEMANGAT OKTOBER !!!!!!!
man jaddaa wajadaa....