GIGI ANAK KECIL ANDA ....
Gigi susu pertama mula tumbuh pada
usia bayi 6 hingga 8 bulan dan set gigi susu akan tumbuh dengan lengkap
ketika umur kanak-kanak mencecah 3 tahun. Gigi susu bawah depan akan
tumbuh dahulu diikuti gigi susu depan atas. Bila semua gigi susu tumbuh,
10 batang gigi akan berada di bahagian rahang atas dan 10 batang gigi
akan berada di bahagian rahang bawah.
..Kawal Pemakanan Yang Diambil Oleh Anak Anda..
Pembelian makanan ringan bergula harus dijadualkan dan dihadkan pada
waktu atau hari-hari tertentu sahaja, contohnya pada waktu tengah hari
sahaja selang sehari, atau pada hujung minggu sahaja atau pada hari
keramaian.
No comments:
Post a Comment