Friday, 30 January 2015

Sebab-sebab gigi berubah warna..
-Kerosakan gigi (karies).
-Ubat-ubatan seperti pengambilan tetrasiklina (tetracycline) semasa dalam kandungan atau kanak-kanak(di bawah 12 tahun).
-Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa tempoh pembentukan gigi
Kecederaan gigi yang menyebabkan pendarahan pulpa.
-Gigi yang telah mati disebabkan trauma atau rosak.
-Masalah kesihatan dan gangguan semasa tempoh pembentukan dan proses pertumbuhan gigi.
-Masalah kongenital saluran hempedu.
-Jangkitan semasa proses pertumbuhan gigi.
-Pertambahan usia.
-Faktor keturunan.





Thursday, 29 January 2015

PLAK GIGI- pengumpulan plak akan menyebabkan gusi mengalami keradangan dan jangkitan. Pada peringkat awal penyakit gusi (gingivitis), hanya tanda-tanda seperti kemerahan, sedikit kebengkakan dan perdarahan dikesan, Jarang sekali menyebabkan kesakitan. Walau bagaimanapun jika tidak dirawat, gingivitis boleh menjadi penyakit gusi yang lebih teruk (periodontitis), yang menyebabkan kerosakan gusi dan tulang penyokong gigi.



FAKTOR SUSUNAN GIGI TIDAK TERATUR:-

-Faktor keturunan.
-Saiz tulang rahang dan gigi tidak seimbang.
-Bilangan gigi yang lebih.
-Bentuk gigi yang tidak normal.
-Gigi terhimpit kerana tidak cukup ruang (terimpak).
-Kehilangan awal gigi susu atau gigi kekal.
-Tabiat buruk seperti menghisap jari atau menggigit bibir.



INFO: Tahukah anda apa Itu “Pregnancy Tumours” Atau Epulis????

-Ketumbuhan dan benjolan sekitar gigi dan gusi yang terjadi ketika mengandung.
-Mudah berlaku ketika mengandung kerana perubahan hormon yang menggalakkan pembiakan kuman jika mulut kotor.
-Ciri-ciri epulis - ketumbuhan seperti barah dan mudah berdarah bila disentuh.
-Berlaku di bahagian gigi dan gusi yang kotor atau berpenyakit.
-Ketumbuhan ini biasanya dikeluarkan secara pembedahan kecil.



Wednesday, 28 January 2015

ingin nampak lebih muda dari umur anda??malu untuk senyum di khalayak ramai?? masalah mengunyah ?? kini tidak lagi.. smile emoticon kekalkan senyuman yang menawan dengan gigi palsu.



RAWATAN VENEER digunakan untuk rawatan kosmetik kepada beberapa masalah pergigian seperti:
-Gigi yang terserpih atau retak.
-Perubahan warna gigi yang minima atau penstainan gigi.
-Ruang di antara gigi.
-Bentuk gigi yang tidak betul.
-Kedudukan gigi yang sedikit tidak teratur
-Enamel gigi yang haus.
-Saiz gigi yang kecil.


Monday, 26 January 2015

INFO;GIGI BONGSU
Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:
- Kesakitan.
- Jangkitan.
- Kebengkakan.
- Penyakit gusi.
- Nafas berbau.
- Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan.
- Kesukaran membuka mulut.



Saturday, 24 January 2015

lg rawatan membetulkan gigi..
clearpath@clear braces boleh membetulkan gigi.xpakai pendakap gigi besi pun boleh. lihat hasilnya yang belum selesai tapi dah nampak perubahan !!patient kongsi gambar ni dengan kami.dia sangat teruja!!

apa itu veneer...
Rawatan venner sebenarnya hanya dijalankan dipermukaan gigi di sebelah depan dan bukannya keseluruhan gigi.
Veneers treatment ini biasanya dilakukan untuk menutup gigi depan yang jarang ataupun yang tidak rata. sesuai dipasang kepada gigi yang kelihatan kotor, pecah berserpih sama ada akibat kurangnya kalsium yang membuatkan kedudukan asal gigi yang rapat menjadi jarang mahupun bagi menutup gigi yang kekuningan.
pm kami @ hubungi 0390544034 untuk temujanji rawatan...
‪#‎kesihatan‬ mulut anda kebanggaan kami


Thursday, 22 January 2015

UBAT KUMUR
Ubat kumur adalah cecair atau larutan yang digunakan untuk berkumur atau membersih mulut. Ubat kumur biasanya disyorkan oleh doktor gigi atau doktor untuk tujuan tertentu. Ubat kumur boleh didapati di hospital, farmasi atau pasaraya.
Ubat kumur biasanya disyorkan atas sebab:
Mengawal jangkitan bakteria atau kulat dalam mulut
Sebagai tambahan kepada pemberusan gigi
Menggantikan pemberusan gigi selepas pembedahan mulut atau tisu trauma
Untuk kesan sementara kesegaran mulut dan mengurangkan bau mulut
Mengurangkan sakit dan kekeringan tisu mulut
Membantu penyembuhan tisu mulut
Gigi Palsu
Gigi palsu separuh
Gigi palsu separuh adalah gigi palsu yang menggantikan kehilangan beberapa batang gigi.
Gigi palsu penuh
Gigi palsu penuh adalah gigi palsu yang menggantikan semua gigi asli dan struktur tisu berkaitan pada rahang atas dan bawah.
Gigi Palsu cobalt chrome
Rangka gigi palsu ini dibuat daripada logam cobalt chrome. Ianya lebih nipis, lebih kuat dan lebih ringan daripada gigi palsu akrilik.
pm kami @ hubungi 0390544034 untuk temujanji..
‪#‎kesihatan‬ mulut anda kebanggaan kami ...


Wednesday, 21 January 2015

Setiap gigi mempunyai struktur dan bentuk yang berbeza. Fungsi setiap gigi juga berbeza. Sebagai contoh gigi hadapan tidak boleh diganti dengan gigi belakang kerana fungsi yang berbeza dalam kegigian rahang.
Pengisaran gigi pada waktu malam boleh menyebabkan kecederaan pada tisu sokongan gigi seperti tulang dan sebagainya. Pesakit yang mempunyai gigitan traumatik/abnormal juga boleh menyebabkan gigi menjadi longgar.
Gigi pesakit longgar dan mungkin terdapat gusi berdarah dan bau mulut yang tidak enak. Akar gigi mungkin terdedah akibat daripada kehilangan pegangan gusi dan tulang dan menyebabkan gigi menjadi sensitif.

Saturday, 17 January 2015

Pertumbuhan gigi...

ialah proses gigi tumbuh di dalam mulut bayi/ kanak-kanak. Biasanya pertumbuhan gigi ini akan menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit.Dalam proses pertumbuhan gigi, anak anda mungkin :

-Menangis kerana tidak selesa.
-Suka menggigit atau mengunyah.
-Melelehkan air liur.
-Demam (suhu badan meningkat sedikit).


Friday, 16 January 2015


 Sebab-sebab Cabutan Gigi Dilakukan....

-Kerosakan atau karies teruk.
-Penyakit gusi lanjut (periodontitis) yang dikaitkan dengan kelonggaran gigi.
-Gigi yang terbenam/ terimpak yang dijangkiti secara berulang atau berisiko untuk mengakibatkan kerosakan pada gigi lain yang berhampiran.
-Pulpitis (keradangan tisu pulpa di dalam struktur gigi).
-Sebahagian daripada rawatan ortodontik.
-Gigi yang fraktur/ patah
-Apabila gigi (gigi susu) belum diganti oleh gigi kekal.












Thursday, 15 January 2015

Jambatan gigi...

Digunakan bagi menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang. Ianya disimen pada gigi asli atau implan pergigian yang merangkumi ruang kosong. Tidak semua gigi yang hilang perlu diganti. Penggantian dipertimbangkan bagi tujuan Membaiki pengunyahan, Membaiki paras rupa,Membaiki pertuturan,
Mencegah pergerakan gigi bersebelahan.



Wednesday, 14 January 2015

INFO: Apakah yang dimaksudkan Sindrom Gigi Retak?

Sindrom Gigi Retak boleh ditafsirkan sebagai ketidakselesaan yang berterusan, sensitif atau sakit pada gigi yang disebabkan oleh fraktur pada gigi  atau keretakan pada gigi.
Sindrom Gigi Retak ini biasanya berlaku pada gigi geraham terutamanya pada geraham besar kerana gigi ini banyak menyerap tekanan yang dihasilkan semasa mengunyah.

Tuesday, 13 January 2015

[INFO: GIGI BONGSU]
Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.


Monday, 12 January 2015

Gigi yang sakit disebabkan lubang pada gigi tidak semestinya dicabut.
Jika lubang pada gigi itu sangat dalam sehingga hampir dengan saraf, maka gigi itu boleh lagi diselamatkan

Ramai orang yang tidak sayang pada gigi mereka. Mereka lebih rela mencabut gigi dan memakai gigi palsu..
Ada orang yang mahu semua giginya dicabut dan mahukan gigi palsu penuh sebagai ganti.

pm kami untuk maklumat lanjut.
Langkah Mudah Penjagaan Gigi Bagi Pemakai Pendakap Gigi.
->Sentiasa memberus gigi ataupun berkumur selepas makan.
->Menggunakan berus gigi khas, Berus Interdental untuk membersih di celah gusi, gigi dan dawai braces.
->Menggunakan flos gigi untuk membersih dikawasan yang sukar dicapai oleh berus gigi.
->Berkumur dengan ubat kumur berfluorida seperti jenama Listerine & Colgate Plax
->Cuba untuk mengelak makan makanan keras dan minuman manis, bergas dan minuman berwarna. Ini kerana minuman dan makanan tersebut dapat mengurangkan tahap kebersihan gigi.



Friday, 9 January 2015

Karies Akar Gigi
Karies, yang juga dikenali sebagai kerosakan gigi atau kaviti, adalah jangkitan yang berpunca dari bakteria yang menyebabkan kemusnahan tisu keras (enamel, dentin dan simentum), Kemusnahan tisu keras ini biasanya adalah akibat dari penghasilan asid oleh fermentasi bakteria yang berpunca dari pengumpulan sisa makanan di permukaan gigi.
Karies yang tidak dirawat boleh merebak dan ke bahagian pulpa di mana rawatan akar gigi mungkin diperlukan bagi mengelakkan gigi tersebut dicabut. Sekiranya karies tersebut telah merebak ke bahagian bawah/dalam gusi maka gigi tesebut mungkin tidak dapat diselamatkan lagi dan perlu dicabut.
‪#‎oleh‬ itu penting untuk mendapatkan pemeriksaan gigi secara berkala supaya masalah dapat dikesan diperingkat awal....
pm kami @ hubungi 0390544034 untuk pemeriksaan gigi anda ...
‪#‎kesihatan‬ mulut anda kebanggaan kami

Wednesday, 7 January 2015

kerosakan gigi di peringkat awal kanak-kanak
Kerosakan gigi di peringkat awal kanak-kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Ia juga dikenali sebagai karies awal kanak-kanak atau gigi berlubang melibatkan satu atau lebih batang gigi. Ia merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi bersama kehadiran plak (tahi gigi) dan air liur.
Apakah faktor penyebab penyakit ini?
~Kekerapan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi gula tinggi
~Kurang/tidak memberus gigi
~Teknik pemberusan gigi yang tidak berkesan menanggalkan plak
pm kami untuk pemeriksaan gigi anak anda...
mencegah lebih baik dari merawat.

Tuesday, 6 January 2015

Nafas berbau mungkin disebabkan oleh :
Mulut :
Kebersihan mulut yang tidak memuaskan
Kerosakan gigi (karies gigi)
Penyakit gusi (penyakit periodontium)
Makanan melekat di celah gigi
Gigi palsu yang tidak bersih
Bau mulut ketika bangun tidur
Mulut kering
Tabiat bernafas melalui mulut

Apa yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan nafas berbau?
Petua berikut dapat membantu menghindarkan nafas anda berbau :
Penjagaan kesihatan mulut :
Kekalkan tahap kesihatan mulut yang baik dengan
memberus gigi, menggunakan flos, dan menggunakan bahan kumuran
bersihkan lidah menggunakan berus gigi atau tongue scraper
Jika memakai aplians ortodontik atau gigi palsu, anda perlu menjaga kebersihan peralatan tersebut
Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun

Monday, 5 January 2015

masalah betul kalau gigi depan jarang ..
xberapa yakin nk buka mulut ..malu la kata kn
ok. kita tampal kasi yakin balik !!!
gigi anda bermasalah macam tu ? pm kami @ hubungi 0390544034