Thursday 22 January 2015

UBAT KUMUR
Ubat kumur adalah cecair atau larutan yang digunakan untuk berkumur atau membersih mulut. Ubat kumur biasanya disyorkan oleh doktor gigi atau doktor untuk tujuan tertentu. Ubat kumur boleh didapati di hospital, farmasi atau pasaraya.
Ubat kumur biasanya disyorkan atas sebab:
Mengawal jangkitan bakteria atau kulat dalam mulut
Sebagai tambahan kepada pemberusan gigi
Menggantikan pemberusan gigi selepas pembedahan mulut atau tisu trauma
Untuk kesan sementara kesegaran mulut dan mengurangkan bau mulut
Mengurangkan sakit dan kekeringan tisu mulut
Membantu penyembuhan tisu mulut

No comments:

Post a Comment