Saturday, 7 February 2015

Anak-Anak Enggan Memberus Gigi ??: Tips Mengatasi....
MULA SEAWAL MUNGKIN
-Rutin penjagaan gigi dan gusi seharusnya diperkenalkan dan dimulakan seawal sebelum tumbuhnya gigi susu.
-Sebelum tumbuhnya gigi susu, bersihkan gusi anak-anak menggunakan tuala atau kain bersih yang dibasahkan dan dibalut pada jari.
-Berus jari untuk bayi yang dibuat khas daripada getah juga boleh digunakan untuk membersihkan gusi.
-Mula membersih dan memberus gigi apabila gigi susu yang pertama telah tumbuh. -Lap dan bersihkan gigi tersebut setiap hari menggunakan tuala atau kain basah yang bersih.
-Apabila anak-anak telah selesa dengan rutin pembersihan tersebut, kenalkan beliau dengan berus gigi dan galakkan anak-anak untuk memegang sendiri bahagian pemegang berus gigi tersebut, semasa anda memberus giginya.
JADIKAN RUTIN
-Berikan penekanan bahawa memberus gigi adalah satu rutin harian yang wajib, iaitu pada waktu pagi dan malam.
-Peruntukkan masa yang sesuai dimana anak-anak tidak terlalu letih, supaya aktiviti memberus gigi tersebut menjadi mudah untuk anda dan anak anda.
-Jadikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang ringkas dan mudah. Sebagai permulaan, tidak perlu menekankan kepentingan memberus gigi selama 2 minit.

No comments:

Post a Comment