Wednesday 18 February 2015

Bagaimana mengelakkan gigi sensitif
Kekalkan amalan kebersihan mulut dan gigi yang baik. Bersihkan kesemua bahagian gigi dengan teknik memberus dan memflos gigi yang betul.
Elakkan cara memberus secara mendatar kerana ini akan menyebabkan susutan gusi dan kengiluan gigi
Gunakan berus gigi berbulu lembut. Berus secara perlahan dan berhati-hati di sekeliling gusi untuk mengelakkan penghakisan permukaan gigi dan mengelakkan kecederaan gusi.
Gunakan ubat gigi berfluorida. Penggunaan ubat gigi berfluorida bersama ubat kumur setiap hari dapat melindungi gigi anda kerana fluorida menolong menguatkan lapisan enamel.
Awasi pemakanan anda. Kurangkan atau elakkan makanan dan minuman yang berasid seperti limau dan minuman bergas yang boleh melarutkan lapisan enamel gigi dan menyebabkan pendedahan lapisan dentin. Ia juga boleh menambahkan rasa sensitif dan memulakan reaksi kesakitan. Kumur dengan air biasa selepas mengambil makanan dan minuman berasid. Elakkan memberus gigi sekurang-kurangnya 30 minit selepas mengambil makanan dan minuman berasid. Ini adalah untuk mengurangkan kesan buruk akibat daripada gabungan asid dan lelasan gigi semasa memberus gigi.
Rawat tabiat mengasah gigi. Jika anda mengetap atau mengasah gigi, gunakan pelindung gigi semasa tidur.
Berjumpa doktor gigi pada kala yang tetap. Dapatkan pemeriksaan gigi, pembersihan gigi, cara-cara menjaga gigi dan rawatan fluorida daripada doktor gigi anda setiap 6 bulan.

No comments:

Post a Comment