Mitos dan Fakta Tentang Gigi
Mitos: Pencucian ( scaling ) gigi yang kerap menyebabkan gigi nipis. Fakta: Alat yang digunakan utk mencuci gigi tidaklah bersifat tajam. Alat ini hanya bergetar untuk menanggalkan karang gigi(dental plaque) yang keras seperti simen dan melekat pada permukaan gigi. Jadi pencucian yang kerap iaitu 6 bulan sekali tidak akan menipiskan gigi. Gigi boleh terhakis jika diberus dengan berus yang keras dan juga jika diberus dengan kuat setiap hari
.
Mitos: Jika tak cabut gigi susu sebelum gigi kekal tumbuh, gigi akan menjadi tak tersusun
Fakta: Gigi susu yang goyang menandakan gigi kekal sudah semakin hampir ke permukaan dan juga akar gigi susu tadi telah dihakis oleh gigi kekal.Gigi susu ini boleh tercabut sendiri ataupun dicabut oleh dr gigi apabila masa utk gigi itu tanggal telah tiba. Jika dicabut terlalu awal, ia boleh menyebabkan gigi kekal tidak tersusun kerana ruang yang sepatutnya utk gigi kekal itu tumbuh sudah semakin kecil disebabkan gigi lain bergerak ke ruangan itu. Gigi yang tak tersusun biasanya disebabkan oleh keturunan (rahang kecil, gigi besar) dan juga kerana gigi dicabut terlalu awal.

No comments:
Post a Comment