Tuesday 17 March 2015

Apakah yang perlu anda lakukan sebelum cabutan gigi?
SEBELUM KE KLINIK PASTIKAN ANDA..
makan terlebih dahulu.
ambil ubat-ubatan yang perlu, contoh untuk penyakit diabetes
SEMASA RAWATAN PULA..
beritahu doktor pergigian jika anda mempunyai sebarang masalah perubatan
sentiasa bertenang.
Apakah yang perlu anda lakukan selepas cabutan gigi?
LAKUKAN PERKARA BERIKUT..
letakkan dan gigit kain kasa yang diberikan ke atas bekas cabutan (soket gigi) selama 10 minit atau sehingga darah berhenti.
telan air liur yang terdapat dalam mulut.
ambil ubat-ubatan seperti yang diarah.
ELAKKAN PERKARA BERIKUT..
berkumur-kumur dalam tempoh 24 jam.
usik bekas cabutan dengan lidah atau jari.
ambil makanan atau minuman yang panas.
lakukan senaman berat.
merokok.
*tips kesihatan dari mydental care sg besi*

No comments:

Post a Comment