Thursday 5 March 2015

* GIGI SUSU BERLUBANG *
Gigi susu mula terbentuk seawal enam minggu bayi di dalam kandunganGigi susu ini amat penting kerana ia digunakan untuk kanak-kanak mengunyah, bercakap, estetik, dan yang paling utama ialah untuk mengekalkan ruang bagi gigi kekal tumbuh kelak.
Gigi susu yang berlubang perlu mendapat rawatan yang sewajarnya daripada doktor gigi. 
Sekiranya gigi berlubang tidak dirawat, lubang ini akan menjadi lebih besar dan merebak ke bahagian saraf gigi (pulp) dan boleh menyebabkan jangkitan dan bengkak gusi.
Cabutan gigi susu yang terlalu awal boleh menyebabkan kesesakan pada rahang akibat pergerakan gigi dan akhirnya boleh menyebabkan tiada ruang yang secukupnya untuk gigi kekal tumbuh.

No comments:

Post a Comment