Monday 9 March 2015

JOM KONGSI...
PUNCA DAN KESAN TAKUT UNTUK BERJUMPA DOKTOR GIGI:-
---Ramai melaporkan bahawa perasaan takut ini bermula selepas menerima rawatan pergigian yang menakutkan, rumit ataupun menyakitkan terutama ketika umur masih muda. Sebab itulah, pemeriksaan berkala sangat penting untuk mengelakkan berlakunya masalah pergigian. Perasaan takut dengan rawatan pergigian juga boleh bermula selepas mendengar pengalaman yang menakutkan atau pun pendapat yang negatif mengenai rawatan pergigian. Satu contoh ialah ketika seorang kawan cuba menakutkan kawannya yang lain dengan memberitahu bahawa pergi berjumpa doktor gigi adalah menyakitkan.
----kesihatan mulut yang buruk boleh mempengaruh keyakinan diri seseorang. Kadangkala, mereka yang mengabaikan gigi mereka dengan mengelak daripada berjumpa doktor gigi akan menghadapi masalah psikologikal. Ditambah dengan perasaan kurang yakin dengan kesihatan mulut yang kurang baik, ia akan menghalang pergaulan sosial seseorang.

HILANGKAN PERASAAN TAKUT DAN JADIKAN DOKTOR GIGI SEBAGAI KAWAN ANDA 
grin emoticon






















No comments:

Post a Comment