Wednesday 29 April 2015

Mengapakah gigi susu penting untuk kesihatan kanak-kanak?
...Membolehkan kanak-kanak makan secara normal untuk pengambilan nutrisi yang penting bagi tumbesaran.
...Membantu kanak-kanak belajar bertutur. Ketiadaan gigi mungkin akan menyebabkan kanak-kanak tersebut pelat dan lambat belajar menyebut sesetengah huruf dengan betul.
...Membantu tumbesaran otot dan tulang muka dengan seimbang.
...Menyediakan ‘templat’ dan tempat yang cukup untuk gigi kekal tumbuh ke posisi yang betul.
...Memberi penampilan yang lebih menarik. Oleh itu, gigi susu yang sihat membantu perkembangan psikologi kanak-kanak.
Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko karies gigi dikalangan kanak-kanak, antaranya :
...Diet yang kurang sihat terutamanya pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula.
...Menyusu botol. Terutamanya jika kanak-kanak kecil diberi minuman bergula di dalam botol susu kemudian dibiarkan tidur dengan botol susu di dalam mulut sepanjang malam.
...Status sosioekonomi dan pendidikan ibu bapa atau penjaga yang rendah dikaitkan dengan peningkatan karies gigi kanak-kanak kerana kurangnya kesedaran tentang kepentingan kesihatan mulut.
...Kuman Mutans Streptococci (MS). Kuman ini adalah di antara kuman yang bertanggungjawab dalam pembentukan karies gigi. Ketika lahir, kanak-kanak tiada kuman MS di dalam mulut. Namun, perkongsian air liur dengan ibu bapa (contohnya ketika perkongsian makanan, sudu, dsb) menyebabkan kanak-kanak dijangkiti MS.
...Plak mengandungi berjuta-juta kuman yang menyebabkan karies. ...Kanak-kanak yang tidak memberus gigi didapati mempunyai plak gigi yang banyak serta karies gigi yang teruk.

No comments:

Post a Comment