Friday 17 April 2015

TERDAPAT TIGA JENIS RETAINER:
1. Retainer Hawley - Diperbuat daripada logam dan akrilik. Wayar akan dibengkokkan ke dalam akrilik atau plastik. Wayar akan melilit seluruh bahagian hadapan gigi manakala acuan akrilik akan dimuatkan dengan menyeluruh di dalam mulut anda. Ia boleh didapati dalam pelbagai warna dan gaya . Retainer ini mudah dilaras, senang dicuci serta tahan lama.
2. Retainer Essix - Retainer ini diperbuat daripada plastik lutsinar . Braces ini tidak terlalu menonjol atau seperti tidak kelihatan langsung pada si pemakai. Retainer ini perlu diganti setelah beberapa tahun
3. Retainer kekal - Retainer ini kekal sepanjang masa di dalam mulut anda kerana ia akan digam di belakang gigi anda. Biasanya retainer jenis ini akan diletakkan di belakan enam gigi depan yang lebih rendah. Retainer ini kadang-kadang menyebabkan anda sukar untuk floss dan mungkin menganggu lidah.

No comments:

Post a Comment