Friday, 17 April 2015

TIPS PENJAGAAN GIGI..
1. Berus gigi dengan displin.
Kerap memberus gigi dapat menjamin kesihatan gigi. Menggosok gigi penting sebab ia menjaga kesihatan gigi dan gusi. Berus gigi setiap kali lepas makan dan ini akan membuatkan anda rasa ‘fresh’dan mulut sentiasa bersih setiap kali lepas gosok gigi.
2. Jaga pemakanan.
Pemakanan mesti dijaga, kurangkan makanan yang agak manis dan melekit kerana akan menyebabkan ia melekat di celah-celah gigi.Minum air putih dan berkumur setiap kali lepas makan.
3. Gunakan pencuci mulut berflorida.
kumur dengan pencuci mulut berflorida sekali sehari sebelum tidur tapi mesti digunakan selepas beberapa minit memberus gigi. Bukan sebaik sahaja selepas berus gigi kerana ini boleh menyebabkan tindakbalas antara pencuci mulut dan ubat gigi.
4. Buat lawatan ke klinik gigi untuk pemeriksaan dan ‘scaling’.
Anda harus membuat pemeriksaan gigi secara berkala, sebaik-baiknya enam bulan sekali.
5. Berkumur selepas makan.
Berkumur dengan air putih selepas anda selesai makan.

No comments:

Post a Comment