Friday, 22 May 2015

BAGAIMANA CARA MENGGUNAKAN FLOS?
Langkah-langkah yang perlu diambil bagi menggunakan flos dengan lebih berkesan:
Ambil flos sepanjang lebih kurang 18 inci. Kemudian lilitkan flos kepada kedua-dua jari tengah tangan anda dan tinggalkan dalam jarak 1 inci, di antara kedua jari. Regangkan flos.
Masukkan flos di celah gigi dan gerakkan ke atas dan ke bawah beberapa kali kemudian disekeliling permukaan gigi di aras garisan gusi.
Jangan lupa membersih di permukaan belakang bagi gigi yang paling belakang.
Perlahan-lahan buka lilitan di jari untuk mendapatkan bahagian flos yang bersih semasa aktiviti membersih gigi dijalankan.
MENGAPA KADANG-KADANG GUSI BERDARAH APABILA MENGGUNAKAN FLOS?
Gusi mungkin boleh berdarah apabila seseorang menggunakan flos. Ada beberapa penyebab keadaan ini: Pertama, teknik yang salah seperti tekanan yang berlebihan boleh menyebabkan gusi tercedera, oleh itu pendarahan kecil boleh berlaku. Kedua, ia adalah petanda gusi anda sebenarnya kurang sihat (penyakit gingivitis). Gusi yang kurang sihat sememangnya mudah berdarah apabila diflos atau diberus dengan menggunakan berus gigi.

No comments:

Post a Comment