Saturday 16 May 2015

Gigi sensitif boleh disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
->Memberus gigi terlalu kuat dengan teknik yang salah sehingga mencederakan gusi dan mendedahkan akar gigi. Memberus gigi dengan cara mendatar boleh mengakibatkan kengiluan gigi.
->Penyakit gusi, iaitu penyakit yang menyerang gusi dan tulang yang menyokong gigi juga boleh menyebabkan gigi sensitif. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan penyusutan struktur tulang dan gusi seterusnya menyebabkan pendedahan akar gigi.
->Pendedahan lapisan dentin yang disebabkan oleh kehausan permukaan gigi yang berlaku secara aktif.
->Mengetap dan mengasah gigi boleh menghakis lapisan enamel dan mendedahkan lapisan dentin.
->Memakan makanan dan minuman yang berasid dengan kerap, seperti buah-buahan dan jus yang masam, serta minuman bergas yang boleh menyebabkan hakisan lapisan permukaan gigi.
->Gigi berlubang yang tidak dirawat
->Tampalan lama pada gigi yang telah retak atau renggang.
->Pembedahan gusi yang mendedahkan akar gigi.


No comments:

Post a Comment