Wednesday 6 May 2015

Hari ini, permintaan orang ramai untuk mendapatkan tampalan sewarna gigi, agar gigi kelihatan asli apabila mereka ketawa, bercakap atau tersenyum adalah tinggi.
Apakah Bahan Tampalan Sewarna Gigi:
Bahan tampalan sewarna gigi atau bahan tampalan berwarna putih lebih dikenali sebagai tampalan komposit. Ia adalah gabungan:-
1.Bahan kaca (glass particles)
2.Bahan resin tiruan (synthetic resin)
3.Bahan untuk mengeras (setting ingredient)
Kelebihan Bahan Tampalan Ini Berbanding Bahan Tampalan yang Lain:
1.Bahan tampalan ini tidak memerlukan banyak lapisan gigi yang sihat dibuang. Tampalan komposit melekat dengan permukaan gigi asal menggunakan bahan pelekat khas (adhesive material).
Kesan Sampingan Menggunakan Bahan Tampalan Ini:
1.Sesetengah individu mengalami rasa ngilu (sensitif) bila terdedah pada benda sejuk di peringkat awal selepas rawatan. Jika rasa ngilu ini masih tidak beransur hilang selepas seminggu, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor pergigian semula.

No comments:

Post a Comment