Monday 25 May 2015

JANGKITAN BAKTERIA
1.Kerosakan gigi atau karies gigi dan penyakit periodontium (gusi) adalah dua jenis jangkitan bakteria yang merupakan aduan akut atau kronik di mulut.
2.Kebiasaannya, infeksi bakteria boleh menyebabkan pengumpulan nanah pada kawasan yang dijangkiti.
3.Jika tidak dirawat, jangkitan dari gigi dan gusi boleh merebak ke tisu lembut dan tulang rahang yang berdekatan. Keadan ini boleh menyebabkan berlakunya pengumpulan nanah (abses) atau keradangan tisu lembut secara keseluruhannya (''cellulitis'').
4.Kebengkakan, sakit , kemerahan pada permukaan kulit dan demam adalah tanda-tanda dan gejala yang biasa dialami semasa jangkitan akut




No comments:

Post a Comment