Tuesday 28 July 2015

TABIAT YANG MEROSAKKAN GIGI..
a)Memberus dengan kuat.
Menggunakan berus gigi yang keras dan ditambah tekanan yang diberi semasa memberus boleh menjejaskan pelindung enamel.Gunakan berus yang lembut untuk menggosok dan lakukan gerakan secara membulat selama dua minit.
b)Jadikan gigi sebagai alat.
Ramai yang gemar mengoyak bungkusan makanan ringan atau melonggarkan ikatan dengan menggunakan gigi. Tabiat itu sebenarnya boleh menyebabkan gigi retak dan pecah serta merosakkan tampalan sedia ada.
c)Abaikan masalah.
Gusi berdarah dan nafas berbau yang kronik adalah petanda penyakit gusi. Untuk melawan nafas berbau, banyakkan minum air kosong bagi mengekalkan kelembapan dalam mulut dan hapuskan bakteria berlebihan. Bagi mengelakkan pendarahan pada gusi, gosok dan flos gigi setiap hari.

No comments:

Post a Comment