Friday 6 November 2015

Bagaimana Merokok Boleh Menjejaskan Kesihatan Pergigian Anda???
-Risiko kehilangan gigi bagi perokok adalah dua kali ganda dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok. Merokok menggalakan plak dan karang gigi untuk membentuk dan dengan ini lebih sukar mengawal kerosakan gigi.
-Merokok mendedahkan risiko jangkitan akar gigi kerana perokok sering mengalami penyakit gusi yang lebih teruk . Apabila akar gigi terdedah, gigi akan menjadi sensitif apabila anda terdedah dengan makanan atau minuman yang panas dan sejuk.
-Merokok mengurangkan daya ketahanan badan untuk melawan jangkitan termasuk di dalam mulut dan gusi.
-Merokok menyebabkan nafas berbau, suatu keadaan yang boleh memalukan di dalam pergaulan.
-Merokok melambatkan keupayaan badan untuk pemulihan daripada kecederaan atau pembedahan (termasuk selepas mencabut gigi dan pembedahan pergigian).Kemungkin mengalami masalah lambat sembuh selepas menjalani pembedahan pergigian.


No comments:

Post a Comment