PENGAMBILAN ASAS ANTIBIOTIK
1.Menggunakan antibiotik atau memberi antibiotik kepada anak anda, apabila dipreskrib oleh doktor SAHAJA.
2.Habiskan semua antibiotik dalam tempoh yang ditetapkan walaupun anda berasa telah sihat. Tidak menghabiskan antibiotik yang seperti yang diarahkan oleh doktor akan menyumbang kepada kerintangan antibiotik.
3.Jangan simpan antibiotik yang tidak habis digunakan untuk tujuan merawat penyakit yang sama pada masa akan datang. Sekiranya masih terdapat lagi baki antibiotik, pastikan ianya dibuang.
4.Jangan sekali-kali mengambil antibiotik yang dipreskrib untuk orang lain. Jangan berkongsi antibiotik atau menggunakan baki antibiotik sebelumnya. Ini kerana antibiotik ada banyak jenis, dan hanya doktor yang boleh menentukan antibiotik yang sesuai untuk merawat jangkitan tertentu.
5.Patuhi keputusan dan nasihat doktor APABILA doktor memutuskan anda tidak memerlukan antibiotik.
6.Amalkan kebersihan diri seperti mencuci tangan bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran jangkitan.

No comments:
Post a Comment