Gigi Palsu
................
................
Jenis-jenis gigi palsu
Terdapat tiga jenis gigi palsu iaitu gigi palsu separuh, penuh dan overdentur.
:Gigi palsu separuh
Gigi palsu separuh adalah gigi palsu yang menggantikan kehilangan beberapa batang gigi di dalam rahang.
:Gigi palsu penuh
Gigi palsu penuh adalah gigi palsu yang menggantikan semua gigi asli dan struktur tisu berkaitan pada rahang atas dan bawah.
:Overdentur
Overdentur adalah gigi palsu yang disokong oleh satu atau lebih akar gigi didalam mulut. Sebatang atau dua gigi yang tinggal di dalam mulut tidak dicabut, tetapi dipilih untuk dijadikan gigi sokongan overdentur. Gigi yang dipilih ini dijalankan rawatan akar, dan bahagian korona gigi dipendekkan dan dikontur menjadi akar gigi yang akan menyokong overdentur.
Mengapa anda memerlukan gigi palsu?
...............................................................
Menggantikan gigi yang hilang dengan gigi palsu akan memudahkan anda mengunyah makanan dan bercakap dengan lebih jelas. Apabila banyak gigi yang hilang, otot muka boleh mengendur dan membuatkan wajah kelihatan lebih tua. Gigi palsu juga boleh membantu mengembalikan profil wajah anda, mengembalikan semula senyuman dan membantu meningkatkan keyakinan diri. Ia juga mencegah gigi bersebelahan bergerak ke arah ruang kosong yang terjadi akibat kehilangan gigi.

No comments:
Post a Comment