Gigitan Tak Sekata
.................................
.................................
Gigitan yang baik dalam konteks pergigian adalah merujuk kepada hubungan antara gigi atas dan bawah.
Gigitan normal berlaku dalam dua keadaan. Gigitan statik adalah dirujuk kepada hubungan antara gigi di mana rahang ditutup. Gigitan dinamik merujuk kepada gigitan yang dibuat semasa rahang bergerak, contohnya semasa mengunyah.
Gigitan tak sekata adalah ketidak sekataan jajaran gigi dan rahang atau secara ringkasnya gigitan yang salah (tidak normal).
Ini akan menyebabkan beberapa masalah berkaitan dengan pergigian dan seterusnya mempengaruhi kesihatan. Secara semulajadi badan kita akan cuba berfungsi dalam keadaan yang tidak harmoni dalam apa juga keadaan.
Penyebab
.................
Gigitan tak sekata boleh disebabkan oleh kehilangan awal gigi susu.
Kehilangan awal gigi bertentangan yang akan menyebabkan gigi tersebut terlebih panjang.
Kecederaan yang melibatkan gigi yang akan menyebabkan gigitan tidak sekata seperti terjatuh, kecederaan semasa bersukan dan kemalangan.

No comments:
Post a Comment