Thursday, 4 February 2016

Fungsi gigi susu
...............................
Gigi susu tidak ubah seperti gigi kekal yang anda miliki, di mana ia membantu mengoyak, menggigit, mencengkam serta melumatkan makanan. Jadi ia berperanan untuk membantu proses penghadaman dan nutrisi pemakanan anak anda.
Gigi susu juga sebenarnya membantu mengekalkan ruang dan mengatur susunan gigi susu kekal. Hal ini kerana di bawah akar setiap gigi susu terdapatnya gigi kekal. Sekiranya gigi susu luruh sebelum masa, ini akan menyebabkan gigi yang belakang dari gigi yang luruh tadi untuk bergerak ke hadapan mengisi ruang yang telah kosong itu tadi. Akibatnya, ini akan menyempitkan ruang yang ada dan apabila gigi kekal tumbuh, ia tidak mempunyai ruang yang cukup. Akhirnya ia akan tumbuh sama ada di belakang atau di hadapan menjadikan gigi berlapis-lapis.

No comments:

Post a Comment