Thursday, 31 March 2016

Mulut Kering
......................
Sebab utama bagi kebanyakan kes mulut kering adalah pengambilan air yang tidak mencukupi yang menyebabkan dehidrasi. Dehidrasi juga boleh disebabkan oleh pengambilan bahan-bahan diuretik, aktiviti fizikal yang berlebihan dan pendedahan kepada haba. Diuretik adalah bahan yang menyebabkan peningkatan pengeluaran air kencing. Agen diuretik yang biasa diminum adalah kafein. Kesan dehidrasi terhadap kelenjar air liur yang lebih berpanjangan dilihat di golongan yang lebih tua berbanding dengan individu yang lebih muda.
Satu sebab yang penting untuk mulut yang kering adalah pengunaan ubat. Lebih daripada 100 jenis ubat-ubatan yang digunakan secara berleluasa boleh menyebabkan mulut kering. Berikut adalah kumpulan ubat yang biasanya menyebabkan mulut kering:
ubat antihistamin
ubat anti-kemurungan
ubat anticholinergics
ubat tekanan darah tinggi
ubat antipsikotik
ubat anti-Parkinson
ubat diuretik dan
ubat sedatif

Friday, 18 March 2016

SALAM CERIA DAN SALAM JUMAAT....
Penjagaan Kesihatan Mulut : Berus Gigi
.................................................................
Berus gigi merupakan alat yang penting dalam penjagaan kesihatan mulut. Pemilihan berus gigi yang betul dan sesuai untuk anda amatlah penting bagi memastikan ia selesa digunakan, membersihkan plak gigi atau sisa makanan dengan berkesan pada semua permukaan gigi semasa pemberusan dilakukan dan mencegah masalah kesihatan mulut.
Kaedah membersih dan menyimpan berus gigi
............................................................................
Bersihkan kotoran pada berus gigi dengan air paip selepas memberus gigi.
Simpan berus gigi secara menegak dan biarkan berus gigi tersebut kering.
Jika beberapa berus gigi disimpan bersama, pastikan ia diletakkan tanpa bersentuhan antara satu sama lain.
Elakkan menyimpan berus gigi di dalam bekas yang tertutup.

Wednesday, 16 March 2016

With a little touch brought a big difference to your smile

Tuesday, 15 March 2016

Gigi retak disebabkan oleh pelbagai faktor:-
1.Mengunyah makanan yang keras seperti ais, kekacang dan gula-gula yang agak keras.
2.Kemalangan yang melibatkan bahagian mulut.
3.Mengisar dan mengetap gigi.
4.Tekanan pengunyahan yang tidak sekata.
5.Tekanan pada sesuatu gigi.
6.Kehilangan sebahagian struktur gigi disebabkan kehausan pada gigi, tampalan yang besar atau lain-lain tampalan.
7.Permukaan / enamel gigi terdedah kepada suhu yang melampau,
8.Gigi yang rapuh atau lemah disebabkan gigi tersebut telah melalui rawatan kanal akar.


Monday, 14 March 2016

Thursday, 10 March 2016

'''GUSI BERDARAH '''
Masalah gusi berdarah biasa dialami sebagian besar orang. Umumnya masalah ini disedari ketika memberus gigi. Namun, mungkin belum semua orang tahu apa sebenarnya penyebab gusi berdarah dan bagaimana cara menangani yang tepat.
PUNCA
Biasanya Gusi berdarah disebabkan kerana penghapusan plak gigi yang tidak betul pada garis gusi. Hal ini menyebabkan gingivitis (gusi meradang). Bahayanya lagi jika plak tidak dihilangkan secara teratur atau dengan memberus gigi dengan teratur dan bersih, maka akan mengeras dan menjadi karang gigi. Sehingga akhirnya mengakibatkan pendarahan dan boleh menyebabkan periodontitis (penyakit rahang dan gusi).
Karang gigi tidak dapat dibersihkan dengan memberus gigi. Jadi apabila terdapat karang gigi maka perlu datang ke doktor gigi untuk dilakukan scaling (pembersihan karang gigi). Selanjutnya doktor gigi akan melihat sejauh mana kerosakan gigi yang terjadi. Apabila hanya terjadi gingivitis, maka tindakan scaling biasanya sudah mencukupi. Tapi bila sudah terjadi periodontitis, maka rawatan periodontal lebih lanjut adalah perlu.
CARA MENGATASI GUSI BERDARAH
*Makan banyak buah yang mengandung vitamin C dan juga makanan yang mengandung banyak kalsium. Kalsium dapat membantu dalam memperbaiki kerusakan gigi yang berkelanjutan karena cedera gusi.
*Kurangkan pengambilan gula. Kelebihan gula dalam makanan ringan, soda manis atau makanan olahan dapat menyebabkan kerusakan gigi dan memperparah pendarahan.
*Hindari penggunaan tembakau dan merokok yang dapat memperburuk gusi berdarah
*Sebaiknya jumpa doktor gigi setiap enam bulan sekali untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh sehingga masalah anda dapat ditangani.

Tuesday, 8 March 2016

susah nak makan bila gigi takde. jangan risau, gigi palsu kan ada.. :D




Thursday, 3 March 2016


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM CERIA
sebelum dan selepas untuk RAWATAN SCALING @ CUCI GIGI.....

Wednesday, 2 March 2016

ALAHAN UBAT....
“Adakah anda mengalami sebarang alahan ubat?”
1.Anda mungkin diajukan soalan ini apabila anda berjumpa dengan seorang doktor atau ahli farmasi. Maklumat berkaitan sebarang alahan ubat yang anda alami adalah penting dan perlu dimaklumkan kepada mereka. Ini adalah kerana kesan buruk yang boleh berlaku disebabkan oleh ubat-ubatan.
2.Kebanyakan tindak balas alahan tidak berlaku setelah ubat diambil buat pertama kali. Sebaliknya, pengambilan ubat yang kedua dan seterusnya yang akan mendorong tindak balas imunisasi. Contoh tindak balas alahan yang boleh berlaku adalah seperti berikut:
***Anafilaksis
***Tindak balas kulit contohnya ruam, gatal-gatal, sensitif ***terhadap cahaya (photoallergy) dan tanda kemerahan.
***Kesukaran bernafas
***Pitam
***Degupan jantung tidak sekata (Arrhythmia)
***Pembengkakan di bawah kulit (Angioedema)
***Sakit sendi dan otot

Tuesday, 1 March 2016