Wednesday, 2 March 2016

ALAHAN UBAT....
“Adakah anda mengalami sebarang alahan ubat?”
1.Anda mungkin diajukan soalan ini apabila anda berjumpa dengan seorang doktor atau ahli farmasi. Maklumat berkaitan sebarang alahan ubat yang anda alami adalah penting dan perlu dimaklumkan kepada mereka. Ini adalah kerana kesan buruk yang boleh berlaku disebabkan oleh ubat-ubatan.
2.Kebanyakan tindak balas alahan tidak berlaku setelah ubat diambil buat pertama kali. Sebaliknya, pengambilan ubat yang kedua dan seterusnya yang akan mendorong tindak balas imunisasi. Contoh tindak balas alahan yang boleh berlaku adalah seperti berikut:
***Anafilaksis
***Tindak balas kulit contohnya ruam, gatal-gatal, sensitif ***terhadap cahaya (photoallergy) dan tanda kemerahan.
***Kesukaran bernafas
***Pitam
***Degupan jantung tidak sekata (Arrhythmia)
***Pembengkakan di bawah kulit (Angioedema)
***Sakit sendi dan otot

No comments:

Post a Comment