Friday, 8 April 2016
Thursday, 7 April 2016
AIR GARAM
Kaedah tradisional ini amat popular dan telah dilaksanakan sejak zaman dahulu lagi. Anda boleh berkumur dengan air garam dua atau tiga kali sehari bagi mengurangkan kesakitan atau mematikan kuman yang mengakibatkan ulser.
AIR KELAPA
Kenaikan suhu tubuh manusia juga merupakan salah satu penyebab berlaku ulser. Oleh yang demikian, adalah penting bagi seseorang itu minum air mencukupi atau amalkan minum air kelapa untuk mengimbangi suhu badan.
MAJERIN
Mungkin ramai tidak tahu marjerin berupaya menyembuhkan ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan marjerin di sekitar kawasan terkena ulser dan ulangi sehingga ulser betul-betul sembuh. Petua ini sesuai bagi kanak-kanak kerana tidak menyakitkan.
MADU
Umum mengetahui kebaikan dan manfaat madu terhadap kesihatan. Agen pembunuh bakteria yang terkandung dalam madu mampu menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat. Begitu juga ulser, madu mampu merawat penyakit tersebut dengan berkesan.

Tuesday, 5 April 2016
Monday, 4 April 2016
Apakah penyebab tabiat mengancing dan mengetam/ mengetap gigi?
Tabiat ini mungkin disebabkan oleh:
1.Stres atau tekanan perasaan yang dirasakan setiap hari.
2.Perubahan gigitan yang mungkin berlaku akibat trauma atau rawatan gigi.
3.Susunan gigi yang tidak betul.
4.Masalah perubatan seperti Cerebral Palsy
5.Posisi badan yang tidak betul
6.Perubahan hormon
7.Tidak diketahui punca

Antara tanda-tanda dan akibatnya adalah :
1.Permukaan gigi haus
2.Gigi atau tampalan patah
3.Sakit kepala
4.Sakit di bahagian sendi rahang
5.Gigi terasa ngilu atau sakit
6.Sendi rahang berbunyi semasa membuka dan menutup mulut
7.Kesakitan/ luka di bahagian sudut mulut
8.Kesukaran untuk tidur
9.Sakit telinga
10.Sakit pada otot muka

Friday, 1 April 2016
Siapakah Yang Memerlukan Jambatan Pergigian?
.................................................................................
.................................................................................
Apakah yang dimaksudkan dengan jambatan pergigian?
Ia merupakan sejenis prostesis yang digunakan untuk menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang dengan menyambungkan gigi-gigi palsu dengan gigi-gigi bersebelahan atau pun implan. Implan pergigian merupakan pilihan yang utama dalam rawatan untuk menggantikan gigi yang hilang di negara-negara maju (jambatan pergigian yang dipegang oleh implan pergigian sepenuhnya). Walau bagaimana pun, jambatan pergigian yang disokong oleh gigi tetap digunakan dengan meluas di serata dunia kerana kosnya yang lebih murah.
Adakah jambatan pergigian sesuai untuk semua golongan? Apakah perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan di dalam menilai kesesuaian pesakit?
Terdapat beberapa perkara asas yang perlu dipenuhi oleh pesakit yang berminat. Kebersihan mulut yang memuaskan, tiadanya penyakit gusi aktif serta sikap yang positif terhadap kesihatan pergigian merupakan faktor yang sangat penting dan wajib dipenuhi. Pesakit dengan tahap kebersihan mulut yang tidak memuaskan tidak sesuai untuk diberi sebarang jenis prostesis yang melekat secara tetap kerana ia berkebarangkalian tinggi akan menyebabkan karies berulang (lubang pada gigi) serta penyakit gusi. Kebersihan mulut yang tidak memuaskan merupakan petunjuk negatif berkenaan sikap terhadap kesihatan pergigian. Pesakit sebegini akan diberi nasihat serta tunjuk ajar dan diwajibkan untuk melalui proses pemeriksaan semula secara berkala untuk suatu jangka waktu. Penilaian semula hanya akan dibuat untuk mempertimbangkan kesesuaian pesakit apabila tahap kebersihan mulut telah menjadi baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)