Thursday, 30 April 2015

Gigi Bongsu
Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.
Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:
Kesakitan
Jangkitan
Kebengkakan
Penyakit gusi
Nafas berbau
Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
Kesukaran membuka mulut
Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:
Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
Kebengkakan muka
Kesukaran untuk menelan
Kesukaran membuka mulut
Demam

Wednesday, 29 April 2015

Mengapakah gigi susu penting untuk kesihatan kanak-kanak?
...Membolehkan kanak-kanak makan secara normal untuk pengambilan nutrisi yang penting bagi tumbesaran.
...Membantu kanak-kanak belajar bertutur. Ketiadaan gigi mungkin akan menyebabkan kanak-kanak tersebut pelat dan lambat belajar menyebut sesetengah huruf dengan betul.
...Membantu tumbesaran otot dan tulang muka dengan seimbang.
...Menyediakan ‘templat’ dan tempat yang cukup untuk gigi kekal tumbuh ke posisi yang betul.
...Memberi penampilan yang lebih menarik. Oleh itu, gigi susu yang sihat membantu perkembangan psikologi kanak-kanak.
Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko karies gigi dikalangan kanak-kanak, antaranya :
...Diet yang kurang sihat terutamanya pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula.
...Menyusu botol. Terutamanya jika kanak-kanak kecil diberi minuman bergula di dalam botol susu kemudian dibiarkan tidur dengan botol susu di dalam mulut sepanjang malam.
...Status sosioekonomi dan pendidikan ibu bapa atau penjaga yang rendah dikaitkan dengan peningkatan karies gigi kanak-kanak kerana kurangnya kesedaran tentang kepentingan kesihatan mulut.
...Kuman Mutans Streptococci (MS). Kuman ini adalah di antara kuman yang bertanggungjawab dalam pembentukan karies gigi. Ketika lahir, kanak-kanak tiada kuman MS di dalam mulut. Namun, perkongsian air liur dengan ibu bapa (contohnya ketika perkongsian makanan, sudu, dsb) menyebabkan kanak-kanak dijangkiti MS.
...Plak mengandungi berjuta-juta kuman yang menyebabkan karies. ...Kanak-kanak yang tidak memberus gigi didapati mempunyai plak gigi yang banyak serta karies gigi yang teruk.

Tuesday, 28 April 2015

Plak Gigi
Plak gigi ialah lapisan bakteria yang melekit serta tidak berwarna, terbentuk dan melekap pada permukaan gigi, lidah, gigi palsu dan tempat-tempat strategic seperti pinggiran tampalan, korona dan celah-celah gigi.Kalkulus (tartar) adalah plak yang telah mengeras, jika ianya dibiarkan tanpa dibersihkan. Apabila kalkulus telah terbentuk, ianya menyukarkan pemberusan dan penggunaan flos yang berkesan. Permukaannya yang kasar menyebabkan lebih banyak plak akan terperangkap dan terkumpul di kawasan tersebut.




Apakah alasan seseorang dewasa untuk mendapatkan rawatan ortodontik?
Berasa malu apabila tersenyum dengan gigi yang tidak tersusun dan tidak cantik. Ini boleh memberi kesan ke atas keyakinan diri seseorang.
Bagi menutup ruang di antara gigi.
Menyukarkan pesakit untuk membersihkan gigi disebabkan susunan gigi yang teruk.
Bagi membolehkan prosedur rawatan gigi yang lain dapat dijalankan seperti dentur (gigi palsu), korona gigi (crown), jambatan gigi (bridge) dan implan gigi.
Dijalankan pada pesakit yang mempunyai penyakit periodontal yang terkawal, bagi memudahkan pesakit membersihkan gigi.
Bagi pesakit yang mempunyai masalah rahang dan gigitan yang salah. Ini menyebabkan mereka mempunyai masalah dalam pertuturan, gigitan dan pengunyahan makanan.
Bagi pesakit yang tidak sukakan penampilan muka dengan kedudukan rahang yang salah. Ini memerlukan rawatan ortodontik bersama pembedahan tulang rahang. Rawatan khas ini dinamakan pembedahan ortognatik.

Monday, 27 April 2015

[ INFO: SCALING ]
Rawatan scaling paling bagus dilakukan adalah minimum 2 kali setahun ataupun 6 bulan sekali. Harus diingatkan bahawa terlalu kerap melakukan scaling juga tidak baik kerana dapat menyebabkan lapisan gigi menjadi nipis. Kalau ini berlaku, masalah gigi sensitif akan timbul.
Biasanya seseorang akan berasa takut untuk melakukan scalling buat kali pertama, namun kalau sudah biasa, tidak ada apa pun yang perlu ditakutkan sebenarnya. Bagi mereka yang pertama kali mahu melakukan scalling, tetapi masih ragu-ragu, dapatkanlah maklumat daripada dentist ataupun mereka yang sering scaling supaya dapat membina keyakinan diri untuk melakukan rawatan ini.
pm/hubungi kami 0390544034 utk rawatan ...
...kesihatan mulut anda kebanggaan kami...

Friday, 24 April 2015

Apakah Anda merasakan ngilu pada gigi karena gigi sensitif?
Seperti apa gejala gigi sensitif?
Apakah anda merasakan ngilu yang tajam pada gigi anda saat makanan/minuman sejuk? Atau pada saat-saat tertentu seperti saat menyikat gigi atau saat berada di udara yang dingin?
Gigi sensitif merupakan permasalahan pada gigi yang berbeza dari kelainan gigi lainnya. Gigi sensitif bukanlah suatu penyakit, melainkan terdapatnya perubahan pada struktur gigi dan gusi,(lapisan pelindung terluar gigi) ataupun penurunan gusi.

Thursday, 23 April 2015

Pendarahan Berlanjutan Selepas Cabutan Gigi
Kejadian pendarahan berlanjutan selepas cabutan gigi adalah peristiwa yang jarang berlaku, tetapi kerap dilaporkan sebagai salah satu komplikasi cabutan gigi. Ianya boleh disebabkan oleh pelbagai faktor yang boleh dibahagikan kepada faktor setempat dan sistemik.
FAKTOR SETEMPAT:
Gangguan kepada darah beku
Tisu hiperimik
Mengambil makanan atau minuman panas
Kes cabutan yang sukar atau lama
FAKTOR SISTEMIK:
Tekanan darah tinggi
Pengambilan ubat-ubatan yang mengganggu pembekuan darah
Penyakit pembekuan darah
Langkah-langkah yang boleh diambil jika pendarahan masih tidak berhenti
..elakkan daripada berkumur keterlaluan kerana ini akan mengeluarkan darah beku dari soket.
..gauze perlu digigit di kawasan cabutan selama lebih kurang 30 minit.
..Sekiranya pendarahan berterusan selepas tekanan dikenakan selama 30 minit, hubungilah klinik pergigian untuk arahan dan nasihat selanjutnya.