Friday 5 December 2014

CARA MENGELAKKAN GIGI SENSITIF.
-Kekalkan amalan kebersihan mulut dan gigi yang baik. Bersihkan kesemua bahagian gigi dengan teknik memberus dan memflos gigi dengan betul.
-Elakkan cara memberus secara mendatar kerana ini akan menyebabkan susutan gusi dan kengiluan gigi
-Gunakan berus gigi berbulu lembut. Berus secara perlahan dan berhati-hati di sekeliling gusi untuk mengelakkan penghakisan permukaan gigi dan mengelakkan kecederaan gusi.
-Gunakan ubat gigi berfluorida.
-Awasi pemakanan anda. Kurangkan atau elakkan makanan dan minuman yang berasid seperti limau dan minuman bergas yang boleh melarutkan lapisan enamel gigi dan menyebabkan pendedahan lapisan dentin.


No comments:

Post a Comment