Wednesday 22 April 2015

Apakah yang perlu anda lakukan sebelum cabutan gigi?
Sebelum ke klinik, pastikan anda:-
...Makan terlebih dahulu
...Ambil ubat-ubatan harian yang perlu (contohnya untuk penyakit kencing manis, darah tinggi)
...Sekiranya anda mempunyai kad perubatan atau senarai ubat yang diambil, sila bawa bersama apabila berjumpa dengan doktor gigi anda
...Bawa bersama, sekiranya ada, sebarang radiograf (filem x-ray) yang berkenaan dengan kepala dan leher
Semasa rawatan :
...Beritahu doktor pergigian jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan, jika anda sedang mengambil sebarang ubat, atau sekiranya anda pernah mengalami cabutan gigi yang sukar sebelum ini
Maklumkan kepada doktor gigi anda sekiranya anda berasa kurang sihat atau risau...

No comments:

Post a Comment