Saturday 9 May 2015

APAKAH ITU KAVITI:
1.Kaviti ialah lubang di dalam gigi yang terbentuk akibat pereputan permukaan gigi atau karies. Terdapat tiga tempat berbeza di mana gigi boleh mengalami pereputan.
-Pereputan pada permukaan yang digunakan untuk menggigit berlaku apabila plak terperangkap pada lekukan gigi.
-Ini sering berlaku pada kanak-kanak kerana mereka sering terabai kawasan ini ketika memberus gigi.
-Pereputan terjadi di antara gigi apabila plak dibiarkan terbentuk pada kawasan yang sukar dicapai ini.
Anda boleh menghalang pembentukan kaviti sekiranya anda mengamalkan penjagaan gigi sempurna. Berikut adalah senarai semak perkara yang perlu dilakukan:
* Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari menggunakan berus gigi yang lembut sebaik-baiknya di waktu pagi dan sebelum tidur.
* Gunakan ubat gigi berflourida flourida terbukti membantu menghalang kaviti.
* Bersihkan celah di antara gigi setiap hari untuk membuang plak di kawasan yang sukar dicapai berus gigi.
* Amalkan diet yang sihat dan elakkan daripada makan terlalu banyak makanan atau minuman manis.
* Kunjungi doktor gigi anda selalu sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan untuk pembersihan gigi dan pemeriksaan.
* Doktor gigi menyarankan agar anda menukar berus gigi sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan atau lebih awal sekiranya berus gigi kelihatan haus. Ini kerana kajian menunjukkan berus gigi baru mampu menanggalkan lebih banyak plak daripada berus berusia tiga bulan*

No comments:

Post a Comment