Tuesday 19 May 2015

GIGI SENSITIF:
Rasa ngilu atau sakit dirasakan apabila lapisan dalam gigi iaitu lapisan dentin atau gusi yang menyusut terdedah kepada:
1.Pengambilan makanan atau minuman panas, sejuk, manis atau masam.
2.Memberus gigi.
3.Bernafas melalui mulut.
Gigi sensitif juga boleh disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
1.Memberus gigi terlalu kuat dengan teknik yang salah sehingga mencederakan gusi dan mendedahkan akar gigi. Memberus gigi dengan cara mendatar boleh mengakibatkan kengiluan gigi.
2.Penyakit gusi, iaitu penyakit yang menyerang gusi dan tulang yang menyokong gigi juga boleh menyebabkan gigi sensitif. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan penyusutan struktur tulang dan gusi seterusnya menyebabkan pendedahan akar gigi.
3.Pendedahan lapisan dentin yang disebabkan oleh kehausan permukaan gigi yang berlaku secara aktif.
4.Mengetap dan mengasah gigi boleh menghakis lapisan enamel dan mendedahkan lapisan dentin
5.Memakan makanan dan minuman yang berasid dengan kerap, seperti buah-buahan dan jus yang masam, serta minuman bergas yang boleh menyebabkan hakisan lapisan permukaan gigi.
Rawatan untuk gigi sensitif:
1.Gunakan ubat gigi khusus untuk gigi sensitif. Ubat gigi ini mengandungi bahan-bahan yang menyekat sensasi yang datang dari permukaan gigi ke saraf gigi. Kebiasaannya, ia memerlukan beberapa kali sapuan untuk berkesan. Sapukan selapisan nipis ubat gigi ke permukaan akar gigi yang terdedah dan usapkan dengan jari.
2.Berjumpa doktor gigi anda. Rawatan yang diberikan bergantung kepada punca gigi sensitif. Agen penyah-sensitif atau jel fluorida mungkin akan disapukan ke kawasan gigi yang terlibat. Sesetengah doktor gigi pula menggunakan agen pelekat dan varnish. Tampalan juga boleh dilakukan pada kawasan akar gigi terdedah yang mengalami gigi sensitif. Jika gigi telah pecah atau berlubang besar, tampalan dan seterusnya rawatan korona mungkin perlu dijalankan. Untuk mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh mengetap dan mengasah gigi, doktor gigi akan membuat pelindung gigi daripada bahan yang kelihatan seperti plastik yang perlu dipakai semasa tidur.




No comments:

Post a Comment