Wednesday, 20 May 2015

KANSER MULUT ...
Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal dikawasan mulut. Ia melibatkan lidah,bibir,bahagian dalam pipi,gusi ,lantai mulut dan bahagian lelangit.
AWASI TANDA2 BERIKUT:
::Ulser dalam mulut yang tidak sembuh dalam 2 minggu
::Tompok tompok putih dan merah
::Bengkak benjolan atau ketumbuhan
DAPATKAN PEMERIKSAAN PERGIGIAN BAGI PENGESANAN AWAL PENYAKIT KANSER
Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang kurangnya sekali setahun tetapi sekiranya mempunyai masalah atau faktor risiko,dapatkan pemeriksaan dengan lebih kerap sama ada 3 atau 6 bulan sekali.
Pemeriksaan pergigiaan PENTING untuk mengetahui sebarang masalah pergigian dan memastikan kesihatan pergigian dalam keadaan baik.
Jangan bertanggguh sehingga masalah pergigian anda menjadi SERIUS..Kunjungilah Klinik Pergigian berdaftar dan berhampiran untuk mengetahui kesihatan pergigian dan maklumat lanjut....
"KESIHATAN MULUT ANDA KEBANGGAAN KAMI "

No comments:

Post a Comment