Wednesday, 1 July 2015

Jika Anda Memakai Alat Pendakap Ortodontik, Penjagaan Rapi Di Rumah Adalah Amat Penting!
Mengapa penting untuk menjaga kebersihan gigi dan pendakap gigi sepanjang masa?
**Sisa makanan dan plak lebih mudah terkumpul di sekeliling alat pendakap yang dipakai. Ini menyebabkan pembersihan gigi menjadi lebih sukar. Pembersihan yang tidak sempurna mengakibatkan gusi bengkak dan kerosakan gigi pada peringkat awal.
==>Rawatan Ortodontik akan menjadi sia-sia jika kerosakan gigi dan gusi dikesan di penghujung rawatan akibat pengabaian kebersihan mulut!
Langkah-langkah penjagaan di rumah yang perlu diambil jika memakai pendakap gigi?
~JIKA ANDA MEMAKAI ALAT PENDAKAP TETAP,masa yang diperlukan untuk proses pembersihan gigi adalah lebih daripada biasa. Celah-celah di antara pendakap dan di pinggir gusi harus diberus dengan lebih sempurna menggunakan berus gigi dan ubat gigi yang sesuai.
~Penggunaan berus interdental atau flos/benang gigi dapat membantu pembersihan antara celah gigi, sekeliling braket dan di bawah dawai. Sebaik-baiknya, gigi harus diberus setiap kali selepas makan dan lebih penting lagi sebelum tidur.
~JIKA ANDA MEMAKAI ALAT PENDAKAP BOLEH TANGGAL/ alat pemegang, ia mesti ditanggalkan untuk tujuan pembersihan.
~Gunakan berus gigi berbulu lembut untuk membersihkan alat ini.
p/s::>sekiranya anda berminat dengan rawatan ortodontik dengan alat pendakap,penjagaan dan kesihatan mulut adalah amat penting untuk mengelak dari kerosakan yang teruk pada gusi dan gigi.
:apabila rawatan ortodontik selesai anda mempunyai senyuman yang cantik dan sihat sepanjang hayat!!

No comments:

Post a Comment