Saturday 4 July 2015

Perasaan Takut dengan Rawatan Pergigian
Apa itu takut dengan rawatan pergigian?
**Takut dengan rawatan pergigian bermaksud takut dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan rawatan pergigian termasuk menerima rawatan pergigian.
Siapa yang mengalami perasaan takut ini?
**Secara amnya, lebih ramai kaum wanita berbanding lelaki, dan lebih ramai orang muda berbanding orang yang lebih berumur dilaporkan mengalami perasaan takut. Ada yang mengatakan yang perasaan takut adalah lebih jika ia melibatkan rawatan-rawatan yang lebih rumit seperti pembedahan jika dibandingkan dengan rawatan mudah seperti penskaleran dan pembersihan gigi.
Sebab-sebab
Apa yang menyebabkan perasaan takut ini?
Perasaan takut dengan rawatan pergigian boleh dikaitkan dengan perkara-perkara berikut:
~Pengalaman buruk
~Doktor gigi yang tidak prihatin
~Memalukan
~Belajar dari memerhati:
~Stres selepas pengalaman yang traumatik

No comments:

Post a Comment