Monday, 17 August 2015

MASALAH SELEPAS TAMPALAN GIGI...
1. sakit dan merasa sensitif
– kadangkala merasa sedikit sakit dan sensitif terhadap kunyahan, angin, makanan manis dan suhu adalah biasa. Biasanya rasa ni akan hilang dalam masa beberapa hari. Jika ianya tidak hilang selepas seminggu atau jika terlalu sakit sampai anda tak tahan, jumpa balik doktor gigi.
2. tampalan yang bocor
 menyebabkan bakteria dan sisa makanan memasuki bahagian tersebut dan menyebabkan kerosakan gigi. Jika tidak dibuang lagi awal, bakteria ini senang merebak ke arah saraf dan menyebabkan bengkak dan sakit gigi.
3.tampalan baru yang tertanggal
selepas beberapa hari di tampal adalah disebabkan oleh lubang tampalan itu tidak dibuat dengan betul utk tampalan amalgam, terdapat darah atau air liur semasa membuat tampalan komposit, tergigit benda keras.

No comments:

Post a Comment