Ciri-ciri gigi yang memerlukan rawatan akar?
~Gigi yang rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa.
~Gigi yang telah mati (non-vital)
~Gigi yang mempunyai tampalan besar dan diindikasikan untuk pembuatan korona kadang- kadang perlu rawatan kanal akar dilakukan terlebih dahulu untuk peletakan tiang dan teras.
Akibatnya jika rawatan salur akar tidak dilakukan?
~Ketidakselesaan atau kesakitan akan bertambah teruk
~Jangkitan atau nanah akan terjadi pada gigi tersebut
~Gigi mungkin terpaksa dicabut dan kebiasaannya kehilangan gigi memerlukan penggantian
-Prosedur Rawatan Salur Akar-
Rawatan ini mungkin memerlukan satu hingga dua atau lebih temu janji bergantung kepada tahap kerumitannya.
Xray gigi akan diambil sebelum rawatan bermula. Ini adalah untuk melihat bilangan dan keadaan akar gigi yang bermasalah tersebut
Bahagian enamel dan dentin gigi akan dibersihkan dahulu di mana karies dibuang , seterusnya tisu pulpa yang reput akan dibuang dari kanal akar dan kanal dibentuk dan dibersihkan dengan bahan disinfeksi . Apabila selesai proses pembersihan, ubat dimasukkan ke dalam kanal akar dan kaviti pada bahagian korona gigi ditutup dengan tampalan sementara.
Pada lawatan seterusnya, kanal akan dibersihkan semula dan ditampal menggunakan bahan tampalan akar (Gutta Percha) jika tiada sebarang tanda dan gejala
Gigi akan ditampal tetap selepas rawatan kanal akar selesai.
No comments:
Post a Comment