Thursday 27 August 2015

*Pendarahan Berlanjutan Selepas Cabutan Gigi*
Kejadian pendarahan berlanjutan selepas cabutan gigi adalah peristiwa yang jarang berlaku, tetapi kerap dilaporkan sebagai salah satu komplikasi cabutan gigi. Ianya boleh disebabkan oleh pelbagai faktor yang boleh dibahagikan kepada faktor setempat dan sistemik.
FAKTOR SETEMPAT
..Gangguan kepada darah beku
..Tisu hiperimik
..Mengambil makanan atau minuman panas
..Kes cabutan yang sukar atau lama
FAKTOR SISTEMIK
..Tekanan darah tinggi
..Pengambilan ubat-ubatan yang mengganggu pembekuan darah
..Penyakit pembekuan darah
Cara Pengendalian Pendarahan Selepas Cabutan
Pengamal pergigian akan mengaplikasi tekanan secara manual pada kawasan berkenaan menggunakan pek gauze. Saiz gauze perlulah kecil supaya hanya melitupi soket cabutan. Gauze yang digunakan boleh dilembapkan supaya darah tidak membeku pada gauze dan darah beku yang terbentuk tidak tertarik daripada soket apabila gauze dikeluarkan.
Akan terdapat sedikit darah tercampur dalam air liur. Oleh itu, pesakit tidak perlu terlampau bimbang dengan amaun kehilangan darah yang dialami.
Selepas prosedur cabutan, pesakit dinasihati untuk menggigit (bukan kunyah) pada gauze selama 30 minit. Gauze perlu disimpan dalam mulut selama 30-45 minit. Pesakit juga dinasihati mengurangkan percakapan untuk 2-3 jam selepas cabutan.
Selepas cabutan surgikal gigi bongsu, pendarahan sedikit mungkin berlanjutan sehingga 2-3 hari. Air liur akan kelihatan bercampur dengan darah berikutan ini.

No comments:

Post a Comment