Friday 28 August 2015

SINDROM GIGI RETAK
Terkadang anda akan merasa sakit yang menyucuk apabila menggigit atau mengunyah. Kesakitan itu akan hilang dengan cepat dan mungkin anda akan mengabaikannya. Jika ya, maka anda mungkin menghadapi ''Sindrom Gigi Retak''.
Apa yang menyebabkan Gigi Retak?
Gigi retak disebabkan oleh pelbagai faktor:-
..Mengunyah makanan yang keras seperti ais, kekacang dan gula-gula yang agak keras.
..Kemalangan yang melibatkan bahagian mulut.
..Mengisar dan mengetap gigi.
..Tekanan pengunyahan yang tidak sekata.
..Tekanan pada sesuatu gigi.
..Kehilangan sebahagian struktur gigi disebabkan kehausan pada gigi, tampalan yang besar atau lain-lain tampalan.
..Permukaan / enamel gigi terdedah kepada suhu yang melampau,
..Gigi yang rapuh atau lemah disebabkan gigi tersebut telah melalui rawatan kanal akar.
..Mereka yang mempunyai satu gigi yang retak berkemungkinan mempunyai masalah yang sama di beberapa batang gigi pada masa yang sama atau pada masa hadapan

No comments:

Post a Comment