Thursday, 3 September 2015

Anak-Anak Enggan Memberus Gigi : Tips Mengatasi
..Mula Seawal Mungkin
*Rutin penjagaan gigi dan gusi seharusnya diperkenalkan dan dimulakan seawal sebelum tumbuhnya gigi susu.
*Sebelum tumbuhnya gigi susu, bersihkan gusi anak-anak menggunakan tuala atau kain bersih yang dibasahkan dan dibalut pada jari.
*Berus jari untuk bayi yang dibuat khas daripada getah juga boleh digunakan untuk membersihkan gusi.
*Mula membersih dan memberus gigi apabila gigi susu yang pertama telah tumbuh. Lap dan bersihkan gigi tersebut setiap hari menggunakan tuala atau kain basah yang bersih.
*Apabila anak-anak telah selesa dengan rutin pembersihan tersebut, kenalkan beliau dengan berus gigi dan galakkan anak-anak untuk memegang sendiri bahagian pemegang berus gigi tersebut, semasa anda memberus giginya.
..Berus gigi bersama mereka
*Anak-anak suka meniru segala perbuatan ibubapa atau adik-beradiknya.
*Duduk berhadapan dengan mereka dan berus gigi bersama-sama. Semasa anda memberus gigi anda, tunjukkan padanya yang anda sangat seronok memberus gigi, agar anak anda akan berasa teruja untuk memberus gigi juga.
..Jadikan rutin
*Berikan penekanan bahawa memberus gigi adalah satu rutin harian yang wajib, iaitu pada waktu pagi dan malam.
*Jadikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang ringkas dan mudah. Sebagai permulaan, tidak perlu menekankan kepentingan memberus gigi selama 2 minit.
..Pilihan berus gigi yang menarik
*Beri peluang kepada anak anda untuk memilih sendiri berus gigi, sebagai contohnya berus gigi bermotif kartun atau hero kegemaran mereka.
*Apabila anak-anak diberi peluang begini, mereka akan merasa bahawa diri mereka mempunyai kawalan kemampuan dan keperluan.

No comments:

Post a Comment