Monday, 7 September 2015

Gigi Palsu Fleksibel
Gigi palsu fleksibel lebih ringan, kuat dan tahan lama. Saiznya yang lebih nipis dan lebih melentur dari gigi palsu akrilik atau Cobalt Chromium membuatkan ia lebih terasa semula jadi dan mudah diterima oleh pesakit. Warnanya yang seakan warna gusi membuatkannya serasi dengan warna tisu mulut dan tidak nampak ketara bahawa seseorang itu sedang memakai gigi palsu.
Gigi palsu fleksibel ini juga tidak memerlukan dawai besi atau kerangka besi untuk pelekatan pada gigi. Ia dapat melekap disekeliling gigi kerana cirinya yang mudah lentur. Tidak seperti gigi palsu akrilik, jika jatuh ia mudah patah tetapi gigi palsu fleksibel ini tidak mudah patah

No comments:

Post a Comment