Friday 23 October 2015

APA ITU UBAT KUMUR
Ubat kumur adalah cecair atau larutan yang digunakan untuk berkumur atau membersih mulut. Ubat kumur biasanya disyorkan oleh doktor gigi atau doktor untuk tujuan tertentu. Ubat kumur boleh didapati di hospital, farmasi atau pasaraya.
Bilakah pengunaan ubat kumur disyorkan?
------------------------------------------------------
Ubat kumur biasanya disyorkan atas sebab:
Mengawal jangkitan bakteria atau kulat dalam mulut
Sebagai tambahan kepada pemberusan gigi
Menggantikan pemberusan gigi selepas pembedahan mulut atau tisu trauma
Untuk kesan sementara kesegaran mulut dan mengurangkan bau mulut
Mengurangkan sakit dan kekeringan tisu mulut
Membantu penyembuhan tisu mulut
Bagaimana menggunakan ubat kumur?
----------------------------------------------------
Ubat kumur mungkin berbeza cara penggunaannya mengikut jenis dan tujuan penggunaannya, contohnya:
digunakan sekurang-kurangnya 30 saat untuk memastikan tindakan yang optima.
Digunakan sebelum atau selepas memberus gigi.
Digunakan selepas makan atau sebelum tidur kerana ia mengganggu deria rasa
tidak perlu dicairkan
Penggunaan ubat kumur mestilah mengikut nasihat doktor atau arahan yang tertera pada label produk.

No comments:

Post a Comment