Saturday 24 October 2015

Gigi Berubah Warna
---------------------------
Bagaimanakah perubahan warna gigi terjadi?
Warna gigi boleh berubah menjadi:
Kekuningan
Coklat
Hitam
Hijau
Kelabu kebiruan
Putih legap
Sebab-sebab
-------------------
Penstainan intrinsik boleh disebabkan oleh:
Kerosakan gigi (karies)
Ubat-ubatan seperti pengambilan tetrasiklina (tetracycline) semasa dalam kandungan atau kanak-kanak(di bawah 12 tahun)
Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa tempoh pembentukan gigi
Kecederaan gigi yang menyebabkan pendarahan pulpa
Gigi yang telah mati disebabkan trauma atau rosak
Masalah kesihatan dan gangguan semasa tempoh pembentukan dan proses pertumbuhan gigi
Masalah kongenital saluran hempedu
Jangkitan semasa proses pertumbuhan gigi
Pertambahan usia
Faktor keturunan
............Penstainan ekstrinsik boleh disebabkan oleh:
Tahap kebersihan mulut yang tidak baik .
Makanan dan minuman seperti teh, kopi, wain merah dan kola / minuman berkarbonat.
Penggunaan tembakau
Penggunaan secara berpanjangan bahan kumur yang mengandungi klorheksidina (chlorhexidine)
Tabiat mengunyah sireh pinang
Pengambilan ubat-ubatan yang berpanjangan seperti tambahan zat besi
Bakteria dalam mulut.

No comments:

Post a Comment