Wednesday 21 October 2015

PENJAGAAN DIRUMAH SELEPAS PEMBEDAHAN ORA
antara kesan-kesan yang dialami oleh pesakit selepas pembedahan ialah
---------------------------------------------------------------------
*Sakit dan ketidakselesaan
*Kebengkakan
*Perdarahan
*Kesukaran untuk bertutur, makan dan menelan
*Kesukaran untuk membuka mulut dengan luas
Tip penjagaan di rumah bagi pesakit yang menjalani pembedahan mulut.
--------------------------------------------------------------------
Ubat : Pesakit akan dibekalkan dengan beberapa jenis ubat, bergantung kepada jenis dan tahap pembedahan yang dilakukan. Ubat penahan sakit diberikan bagi kawalan kesakitan manakala antibiotik hanya diberikan dalam kes tertentu sahaja.
Kebersihan mulut : Pesakit perlu memastikan kebersihan mulut berada dalam keadaan baik sepanjang proses penyembuhan berlaku. Mulut yang kotor boleh mengundang jangkitan kuman kepada kawasan yang baru menjalani pembedahan dan boleh menjejaskan proses penyembuhan.
Sajian makanan : Makanan keras perlu dielakkan pada hari pertama dan kedua selepas pembedahan
Aktiviti harian : Pesakit mesti berehat dan mengelakkan dari melakukan aktiviti berat selepas pembedahan.
Merokok: Merokok dilarang sama sekali kerana boleh mengganggu proses penyembuhan.
Lawatan dan temu janji berikut: Temu janji untuk pemeriksaan seterusnya akan diberikan bagi membolehkan perawat memeriksa dan menilai kesihatan pesakit secara keseluruhan.


No comments:

Post a Comment