Monday 19 October 2015

..BENGKAK MUKA..
Bengkak muka adalah pembesaran atau pengembangan pada muka disebabkan oleh pengumpulan cecair badan atau keradangan pada tisu muka. Kebengkakan boleh berlaku pada mana-mana bahagian muka, dengan bibir, pipi dan kelopak mata adalah bahagian yang menunjukkan perubahan yang ketara. Bengkak muka juga dikenali sebagai edema muka.
Terdapat pelbagai penyakit, situasi atau ketidaknormalan yang sedikit atau teruk boleh menyebabkan bengkak muka. Kebengkakan ini boleh disebabkan oleh jangkitan, keradangan, trauma dan malignan (kanser).
Gejala yang mungkin berlaku berlaku bersama bengkak muka
Bengkak muka boleh terjadi bersama gejala lain seperti:
Sakit dan kemerahan mata
Sakit muka
Keletihan
Demam
Sakit kepala
Bisul
Kesakitan semasa mengunyah atau menelan
Bengkak yang sakit pada bahagian telinga
Jangkitan yang menyebabkan kebengkakan muka
Bengkak muka boleh disebabkan oleh berbagai jenis jangkitan termasuklah:
Jangkitan kuman pada gigi dan bernanah.
Jangkitan kuman pada mata (bakteria atau virus)
Jangkitan pada kulit muka
Beguk
Jangkitan pada sinus atau resdung

No comments:

Post a Comment