Thursday, 31 December 2015

MAKLUMAN.....
PADA( 1/1/2016)JUMAAT KLINIK AKAN DITUTUP SEMPENA TAHUN BARU...
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI 0390544034 ATAU WASSAP 0105364010



Wednesday, 30 December 2015

RAWATAN TRADISIONAL UNTUK ULCER
AIR GARAM
Kaedah tradisional ini amat popular dan telah dilaksanakan sejak zaman dahulu lagi. Anda boleh berkumur dengan air garam dua atau tiga kali sehari bagi mengurangkan kesakitan atau mematikan kuman yang mengakibatkan ulser.
AIR KELAPA
Kenaikan suhu tubuh manusia juga merupakan salah satu penyebab berlaku ulser. Oleh yang demikian, adalah penting bagi seseorang itu minum air mencukupi atau amalkan minum air kelapa untuk mengimbangi suhu badan.
MAJERIN
Mungkin ramai tidak tahu marjerin berupaya menyembuhkan ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan marjerin di sekitar kawasan terkena ulser dan ulangi sehingga ulser betul-betul sembuh. Petua ini sesuai bagi kanak-kanak kerana tidak menyakitkan.
MADU
Umum mengetahui kebaikan dan manfaat madu terhadap kesihatan. Agen pembunuh bakteria yang terkandung dalam madu mampu menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat. Begitu juga ulser, madu mampu merawat penyakit tersebut dengan berkesan.

Tuesday, 29 December 2015

TAMPALAN GIGI HADAPAN........
Jangan malu jangan segan jika anda mempunyai masalah seperti itu....hubungi kami 0390544034 atau wassap 0105364010

Monday, 28 December 2015



Kerosakan Gigi Di Peringkat Awal Kanak-Kanak
>>>>Kerosakan gigi di peringkat awal kanak-kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Ia juga dikenali sebagai karies awal kanak-kanak atau gigi berlubang melibatkan satu atau lebih batang gigi. Ia merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi bersama kehadiran plak (tahi gigi) dan air liur.


Saturday, 26 December 2015

Gigitan Tak Sekata
.................................
Gigitan yang baik dalam konteks pergigian adalah merujuk kepada hubungan antara gigi atas dan bawah.
Gigitan normal berlaku dalam dua keadaan. Gigitan statik adalah dirujuk kepada hubungan antara gigi di mana rahang ditutup. Gigitan dinamik merujuk kepada gigitan yang dibuat semasa rahang bergerak, contohnya semasa mengunyah.
Gigitan tak sekata adalah ketidak sekataan jajaran gigi dan rahang atau secara ringkasnya gigitan yang salah (tidak normal).
Ini akan menyebabkan beberapa masalah berkaitan dengan pergigian dan seterusnya mempengaruhi kesihatan. Secara semulajadi badan kita akan cuba berfungsi dalam keadaan yang tidak harmoni dalam apa juga keadaan.
Penyebab
.................
Gigitan tak sekata boleh disebabkan oleh kehilangan awal gigi susu.
Kehilangan awal gigi bertentangan yang akan menyebabkan gigi tersebut terlebih panjang.
Kecederaan yang melibatkan gigi yang akan menyebabkan gigitan tidak sekata seperti terjatuh, kecederaan semasa bersukan dan kemalangan.

Thursday, 24 December 2015

BENGKAK MUKA
.............................
Bengkak muka adalah pembesaran atau pengembangan pada muka disebabkan oleh pengumpulan cecair badan atau keradangan pada tisu muka. Kebengkakan boleh berlaku pada mana-mana bahagian muka, dengan bibir, pipi dan kelopak mata adalah bahagian yang menunjukkan perubahan yang ketara. Bengkak muka juga dikenali sebagai edema muka.
Gejala yang mungkin berlaku bersama bengkak muka
....................................................................................................
Bengkak muka boleh terjadi bersama gejala lain seperti:
Sakit dan kemerahan mata
Sakit muka
Keletihan
Demam
Sakit kepala
Bisul
Kesakitan semasa mengunyah atau menelan
Bengkak yang sakit pada bahagian telinga
Jangkitan yang menyebabkan kebengkakan muka
.................................................................................
Bengkak muka boleh disebabkan oleh berbagai jenis jangkitan termasuklah:
Jangkitan kuman pada gigi dan bernanah.
Jangkitan kuman pada mata (bakteria atau virus)
Jangkitan pada kulit muka
Beguk
Jangkitan pada sinus atau resdung

SALAM MAULIDUR RASUL
.............................................
Selawat Ke Atas Nabi Muhammad s.a.w
"sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari khiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"

Wednesday, 23 December 2015

PENYEBAB GUSI BERDARAH
...............................................
~tidak menjaga kebersihan mulut
~trauma pada gusi 
~kurang vitamin C
~perubahan hormon pada wanita
~ubat ubatan
~penyakit gusi
CARA MENCEGAH GUSI BERDARAH
............................................................
~menjaga kebersihan mulut
~menggunakan berus gigi yang sesuai
~hindari merokok
~makan makanan sihat

Tuesday, 22 December 2015

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gigi menjadi haus. Antaranya ialah:
1.Memberus gigi menggunakan berus gigi keras dan terlalu lama.
2.Mempunyai sikap mengunyah gigi semasa tidur atau dalam keadaan stress
3.Pengambilan minuman berkarbonat, minuman tenaga (REDBULL), jus buah, alkohol
4.Pengambilan jeruk, buah yang berasid seperti limau, cuka
Pengambilan ubat tertentu seperti Vitamin C, aspirin secara berlebihan, ventolin
5.Pesakit yang mengalami anorexia nervosa dan bulimia nervosa (self-induced vomiting) GORD (gastro-oesophageal reflux disorder)

Friday, 18 December 2015

MASALAH GIGI BONSU
-Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.




Thursday, 17 December 2015

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Moga gigi anda semua dalam keadaan yg baik .


 '''GUSI BERDARAH '''
Masalah gusi berdarah biasa dialami sebagian besar orang. Umumnya masalah ini disedari ketika memberus gigi. Namun, mungkin belum semua orang tahu apa sebenarnya penyebab gusi berdarah dan bagaimana cara menangani yang tepat.
PUNCA
Biasanya Gusi berdarah disebabkan kerana penghapusan plak gigi yang tidak betul pada garis gusi. Hal ini menyebabkan gingivitis (gusi meradang). Bahayanya lagi jika plak tidak dihilangkan secara teratur atau dengan memberus gigi dengan teratur dan bersih, maka akan mengeras dan menjadi karang gigi. Sehingga akhirnya mengakibatkan pendarahan dan boleh menyebabkan periodontitis (penyakit rahang dan gusi).
Karang gigi tidak dapat dibersihkan dengan memberus gigi. Jadi apabila terdapat karang gigi maka perlu datang ke doktor gigi untuk dilakukan scaling (pembersihan karang gigi). Selanjutnya doktor gigi akan melihat sejauh mana kerosakan gigi yang terjadi. Apabila hanya terjadi gingivitis, maka tindakan scaling biasanya sudah mencukupi. Tapi bila sudah terjadi periodontitis, maka rawatan periodontal lebih lanjut adalah perlu.
CARA MENGATASI GUSI BERDARAH
*Makan banyak buah yang mengandung vitamin C dan juga makanan yang mengandung banyak kalsium. Kalsium dapat membantu dalam memperbaiki kerusakan gigi yang berkelanjutan karena cedera gusi.
*Kurangkan pengambilan gula. Kelebihan gula dalam makanan ringan, soda manis atau makanan olahan dapat menyebabkan kerusakan gigi dan memperparah pendarahan.
*Hindari penggunaan tembakau dan merokok yang dapat memperburuk gusi berdarah
*Sebaiknya jumpa doktor gigi setiap enam bulan sekali untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh sehingga masalah anda dapat ditangani.

Wednesday, 16 December 2015

Plak Gigi
Plak gigi ialah lapisan bakteria yang melekit serta tidak berwarna, terbentuk dan melekat pada permukaan gigi, lidah, gigi palsu dan tempat-tempat strategic seperti pinggiran tampalan, korona dan celah-celah gigi.Apabila ia atau toksin yang dihasilkan berada dalam tisu, maka pertahanan badan akan mula bertindak dan terhasilkan keradaangan gusi.Kalkulus (tartar) adalah plak yang telah mengeras, jika ianya dibiarkan tanpa dibersihkan. Apabila kalkulus telah terbentuk, ianya menyukarkan pemberusan dan penggunaan flos yang berkesan.




Tuesday, 15 December 2015

jom putihkan gigi anda. kembali senyum dengan gigi putih dan cantik . Qu putih, Qu putih baru la berseri.

hubungi kami segera untuk temujanji anda !




Saturday, 12 December 2015





TESTIMONI YANG BERJAYA UNTUK (DAMON BRACES)
mempunyai masalah gigi yang tidak teratur?
jangan tungu lagi boleh hubungu kami di talian 0390544034 atau wassap 0105364010









Friday, 11 December 2015

"SALAM CERIA"
JIKA ANDA MEMPUNYAI MASALAH PERGIGIAN BOLEH HUBUNGI KAMI DI TALIAN 0390544034 ATAU WASSAP 0105364010..KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA

Thursday, 10 December 2015

Hubungi 0390544034 atau wassap 0105364010
TESTIMONI YANG BERJAYA...


Tuesday, 8 December 2015

jika anda terfikir untuk memakai pendakap gigi yang lutsinar(CLEARPATH) ayuh ke MyDental Care Sg Besi.. takpayah nak teragak2 lagi .
cepat! cepat!
AYUHHH pm kami @ hubungi 0390544034 atau wassap 0105364010
TESTIMONI YANG BERJAYA...

Monday, 7 December 2015

kembalikan senyuman anda dengan yakin...........
tampalan gigi depan boleh membantu.....
apa tungu lagi ingin tahu lebih detail pm/call 0390544034 atau wassap 0105364010
SALAM CERIA SEMUA=)




HUBUNGI KLINIK MYDENTAL CARE SG BESI 0390544034 ATAU WASSAP 0105364010 UNTUK MEMBUAT TEMUJANJI.....

(CLEARPATH)


Friday, 4 December 2015

Gigi Palsu
................
Jenis-jenis gigi palsu
Terdapat tiga jenis gigi palsu iaitu gigi palsu separuh, penuh dan overdentur.
:Gigi palsu separuh
Gigi palsu separuh adalah gigi palsu yang menggantikan kehilangan beberapa batang gigi di dalam rahang.
:Gigi palsu penuh
Gigi palsu penuh adalah gigi palsu yang menggantikan semua gigi asli dan struktur tisu berkaitan pada rahang atas dan bawah.
:Overdentur
Overdentur adalah gigi palsu yang disokong oleh satu atau lebih akar gigi didalam mulut. Sebatang atau dua gigi yang tinggal di dalam mulut tidak dicabut, tetapi dipilih untuk dijadikan gigi sokongan overdentur. Gigi yang dipilih ini dijalankan rawatan akar, dan bahagian korona gigi dipendekkan dan dikontur menjadi akar gigi yang akan menyokong overdentur.
Mengapa anda memerlukan gigi palsu?
...............................................................
Menggantikan gigi yang hilang dengan gigi palsu akan memudahkan anda mengunyah makanan dan bercakap dengan lebih jelas. Apabila banyak gigi yang hilang, otot muka boleh mengendur dan membuatkan wajah kelihatan lebih tua. Gigi palsu juga boleh membantu mengembalikan profil wajah anda, mengembalikan semula senyuman dan membantu meningkatkan keyakinan diri. Ia juga mencegah gigi bersebelahan bergerak ke arah ruang kosong yang terjadi akibat kehilangan gigi.

Wednesday, 2 December 2015

Bagaimanakah kita boleh membantu golongan kurang upaya untuk memberus gigi?
...................................................................................................
Golongan kurang upaya memerlukan bantuan untuk memberus gigi dengan sempurna
Berus gigi berkuasa bateri boleh membantu memberus gigi mereka dengan baik.Selain itu , ianya juga memberi kesan urutan kepada gusi
Bagi mereka yang spastik, pemegang berus gigi boleh diubah suai supaya mudah dipegang
Walaubagaimanapun, penjaga harus membantu mereka yang kurang upaya semasa memberus gigi supaya ketelitian dan kebersihan yang sempurna dapat dicapai.
Apakah posisi yang terbaik untuk membantu mereka memberus gigi?
......................................................................................................
Dua kedudukan yang boleh digunakan untuk membantu mereka yang kurang upaya memberus gigi adalah
*Secara duduk*
Orang kurang upaya duduk di kerusi. Anda berdiri di belakangnya sambil memaut kepala dengan sebelah tangan dan sebelah tangannya lagi memberuskan gigi.
*Secara mengiring*
Baringkan orang kurang upaya secara mengiring dan kepalanya berada di atas pangkuan anda. Berus dengan berkesan. Sekiranya perlu, gunakan gauze untuk mengelapkan tempat yang agak sukar diberus.